September 24, 2012

Lauk


Walaupun aku bukanlah fanatik bola dan takda ilmu tentang bola yang tahap nak arwah,
tapi apabila Liverpool kalah, ianya suatu kepuasaan berganda-ganda maksimum kuasa infiniti bagi aku. Dan bila MU kalah then kena bahan, aku rasa nak menangis. HAHAH. Aku pun taktau kenapa.

Mungkin sebab dari zaman hingusan sekolah rendah aku dah terbiasa dengan sorakan "GGMU, as the reds go marching on on on" tu kot?  Kakak aku la team MU, abang aku team Arsengal (tapi sengal sengal pun aku suka gak kat RVP dengan Reyes dulu. hak hak. lalang betei aku ni). Bapak aku ni semua dia sokong asalkan game cantik ja. Tapi yang pasal menyampah tahap nak terjun lombong kat liverfool ni yang dulu ada Suarez refuse to shake hand dengan Evra tu. Heh? Tu tangga teratas paling annoying *korek hidung suarez*

Dulu aku selalu tengok match dengan kakak aku sambil memuji yang Atok Ferguson sangat comel dengan ke-chewing-gum-an beliau. Dah gila sikit, kumpul cerita pasal MU yang ada dalam newspaper. Lekat dalam satu buku. Paling gila kat Nistelrooy dengan Rooney. Selebihnya kasih sayang aku untuk Giggs, Ronaldo, Roy Keane, Neville, Fletcher, Ferdinand, PJS (kakak aku suka kata dia macam aku). Kakak aku setia dengan Paul Scholes dia. Phewww. Dulu la obses, lepas dah konon-konon remaja gegel (gegel kah? tettt), kureng dah tapi kakak aku masih setia ya. Just kalau dari segi memberi sokongan tu memang aku suka pulun lebih.

Tu orang kata, pengaruh.

Wkwkwkwkwk.




"Liverpool dari tangga ke-17 turun ke tangga 18. Nampak gayanya, iPhone 5 pun tak cukup panjang untuk view dan selamatkan maruah Liverpool."

- @akemaiman twitter -


You're Now Walk Alone