May 23, 2012

Aherherher

13th May 2012


Hari istimewa buat para ibu. Gua dengar ada cakap Hari Ibu haram ? Yang UAI cakap tu kan? Tapi aku tak tengok pun video tu. Hahahaha, apa apa ja la. Yang pentingya aku sambut bukan sebab nak ingat kat Mother Teresa yang depa duk hingaq kejadah haram tu semua kan? Aku nak adanya satu hari yang boleh appreciate ibu kita. Biar depa rasa special. Memang laa orang cakap, nak tunggu hargai ibu, hari-hari pun boleh. But can we make one special day for them? Just to appreciate and show our love to them? Hmmm.


Btw, dalam entri ni memang aku nak cerita pasal mama aku ja pun. Ahakss.


Bila orang buka ja topik pasal JASA IBU BAPA otomatik orang akan sedih kan? Especially cakap pasal ibu la. Orang yang akan touching tu termasuk aku lah. Bagi aku, orang yg sedih ni ada dua maybe ;


First, dia seorang anak yang selalu buat mak dia marah, berperangai kurang ajar, selalu bagi mak dia menangis dan sebagainya yang negatif.


Second, dia seorang yg rapat dengan mak. Anak manja mak laa katakan, rapat dan selalu kemana saja dengan mak, selalu membanggakan hati mak. And i know, that's so not me . I'm a bad child. Selalu buat jahat. Belakang mak aku pun pernah buat jahat. Tapi instinct mak KUAT kan, ye lah dah kata mak tu mak jugak. Ada suatu petang lepas aku baru balik dari luar, dia macam tegur aku, nasihatkan aku laa supaya aku tak buat bukan-bukan belakang dia. Aku masa tu hanya mampu dengar dan mengiyakan saja. Telan air liur jugak mungkin.



Bukan apa, kadang-kadang apa yang dia cakap tu tepat kena batang hidung aku. Dulu memang aku akan BENGANG yang teramat sangat kalau ditegur mama aku. Seriously. Kadang terbawak2 perangai tu sampai sekarang. Melawan cakap. Sampai mama terasa. Ntah laa. Diri ni bukan baik. Bukan malaikat. Tapi lepas aku dah cakap macam tu, dia selalu akan tanya ,



" Kenapa nak marah bila mama cakap? "


Aku akan menjawab dan terus menjawab. Sampai laa suatu saat bila mama diam, aku mula rasa bersalah sampai ke ulu hati jantung limpa dan segala organ yang ada dalam tubuh aku. Huhuhu. Walaupun rasa bersalah menyebulungi diri aku tapi aku TAK PENAH mintak maaf dekat mama. Nampak kan perkataan TAK PERNAH tu? Tu lah benda yg paling susah untuk aku lakukan kecuali la masa hari raya. Tu pun ala canggung jugak.


So, aku memang respect gila siall sapa yang buat salah kat mak bapak dia dan dia berani mintak maaf face to face ataupun call. Bukan setakat lu text dia ja beb. Tu agak coward sikit la kan walaupun mintak maaf jugak. Aku nak mesej pun mama aku ni bukan reti sangat henpon2 ni. Dia malas ambik kisah, yg penting bagi dia boleh baca mesej, boleh call orang. Tu ja. Hahaha mama mama, dulu aku nak ajaq, dia dengar kejap ja then dia cakap ,


" Emhhh malaih aihh...duk buat menyusah. "


Hahahahahhaa. Tu pun nasib baik reti baca mesej gak. Lawak laaaaaaaaaaa.
Aku ingat lagi zaman aku kecik kecik dulu. Aiseyy lu. Ni mengimbau kenangan zaman silam teruk dah ni. Arghhh, cepat laa flashback cepat cepat cepat.


Dulu masa aku kecik kecik, mama aku garangggggggggggg gila. Mama memang terkenal dengan kegarangannya kot. Ayah macam sporting sikit. kalau mama ? Ohh noooo, in your dream la weh.


Taktau kenapa aku pandang tepi dan adik aku pulun ! Hahaha 



KENANGAN SATU
Aku pernah kena tibai ngan hanger besi kat tengah belakang. masa tu aku tengah mandi ngan adik aku. kemungkinan aku dan adik aku gaduh... kot? adik aku kena sekali kaaa dak aku pun tak ingat dan sebab kena tibai tu pun aku lupaaaaaa. tapi memang sakit kot, berbirat. wuwuuu, masa tu memang nangis teruk laaa sampaikan ayah aku tanya. dan aku masih juga LUPA aku jawab apa kat ayah aku. konklusinya semua LUPA.

KENANGAN DUA
Dan dulu kan, aku panas hati gila dengan adik aku sebabnya ada satu masa tu adik aku buat apa ntah, sampai tempat sidai baju yg besar tu terjatuh timpa mama. Aku pun macam !@#$% laa kat adik aku. Dah laa dah angkat then jatuh buat kali kedua, gila laaa. Mama macam tahan sakit ja. Aku tak sure ada lebam or tak. Ada rasanya... Masa tu aku yang kecik hingusan ni sedih tengok keadaan mama..

KENANGAN TIGA
Masa sekolah rendah dulu, aku perangai macam haram jadah sikit la kan, selalu lepak kat padang mainan sampai maghrib. 7.30 atau 7.40 kadang tu tak balik rumah lagi. Lepak sebab nak usha mamat2 yg selalu lepak situ utk main bola dan sebagainya. Macam haram kan? Pfffftt. Semangat aku dan kawan2 lepak petang2. Kalau mama ada, kena balik awal la. Kalau mama dan ayah keluaq pi mana mana, perghhhhhhh rasa heaven gila dapat balik lambat, ahahahaahahahaha. Tapiiiii, kalau lambat balik time dia ada, mama akan jerit dari rumah ;


" Suhailaaaaaaaaa, Suhailiiiiiiiiiiii, balik !!! "


Masa dengaq mama jerit macam tu cuak jugak la. hehehee. terkedek kedek la balik rumah dengan kawan kawan yg lain. Mama aku sorang jaa camtu, mama orang lain tak jerit panggil balik bagai pun -_____________-


KENANGAN EMPAT
Ada satu waktu tu, aku dan kawan2 balik lambat disebabkan satu peristiwa pahit ni. Ada laa sorang budak laki kecik ni, dia ambik gelang aku then dia buang dalam longkang. Vavi tak vavi? So, aku pun paksa laa dia ambik balik gelang yg dah jatuh dalam longkang tu, at last, tak jumpa, makiiiiiii la gua. Masa tu pula dah lewat yg teramat sangat, terpaksa balik jugak la. Balik balik rumah jaaaaa, arghhhhhhh ! Pintu sudah DIKUNCI !


" Tok.. tok.. tok... (ketuk pintu) "

" Maaa.. maaaaaaaaaaaaa... mama ! " 


Mak aku buat taktau ja. Lastly, aku duduk kat luaq rumah, kena kunci. Hermm, bebai gak la aku masa tu. Tapi padan muka aku jugak kan? Dah macam pukul 8 lebih sikit baru dia bukak pintu. Sodihnye pun :(


KENANGAN LIMA
Masa bulan puasa. Aku balik rumah lambat jugak, then kena kurung. Aku memang marah gila masa tu. Lepas maghrib baru mama panggil masuk, aku masuk buat bodo jugak. Terus masuk bilik da buka puasa dengan air ja. Kononnya laa kan nak buka puasa dengan air ja. Dalam puku l8 tu keluar bilik, selak tudung saji, emm emmm sedapnyaaa lauk. Hahahaha, apa lagi? Melantak laa gua. Tapi mama tak makan. mama merajuk kot dan aku tak aware benda tu.


Dan banyak lagi kenangan aku dengan mama yg memang takkan pernah cukup untuk diluahkan disini :)


Nampak macam banyak kenangan pahit ja kan dengan mama? No laaa, ada baaaanyak lagi kenangan manis. Hihihi, dan yang terbaru masa aku balik rumah haritu mama teman aku shopping ! Aku habiskan duit dia tapi dia tak pernah kisah. sampaikan barang yg dia nak tak terbeli disebabkan kesuntukan masa. aku rasa bersalah sangat sangat :(


Kalau ikutkan hubungan aku dan family tak berapa elok dulu tapi lepas aku stay dekat asrama which is SM Teknik Pendang lah permulaanya, aku belajar menghargai family aku. Aku mula rapat dengan mama, ayah, kakak dan adik aku. Sebelum ni memang macam ada jurang jugak laa antara aku dan depa. Cuma jurang dengan abg aku ja belum dapat didekatkan lagi. Dah dah dah, ni cakap pasal mama okay? Bukan abang. Hihihi sorry abang.


Aku sangat bahagia bila aku dapat rapat dengan mama. Bila aku kenal mama, mama ni walaupun tegas berbanding ayah aku tapi kepala otak dia pun lebih kurang aku ja. Bila aku merapu, dia akan tegur mula-mula. Tapi lepas tu dia join sekali. Hahahaha dan aku akan cakap,


" Macamni kaa perangai guru besaq? Anak murid tengok teruih tak caya. Kat kelaih nampak duk buat garang ja. Ahahahahaha "



Kalau aku asyik menyanyi ja dia akan cakap, 


" Ishh kalau duk hafai Ayat Quran kaa takpa jugak, duk berzikir ka apa ka..."


Aku sengih jaa macam kerang busuk. Then bila dia nyanyi balik, aku perli laa sikit. Hahaahahahahaa, padan muka :P


Mama seorang mama yg tabah dalam membesarkan anak-anaknya yg perangai sekoq sekoq macam haram. Seriously aku tak tipu. Dari abg kakak aku dan adik aku, semuanya menyusahkan mak bapak aku ja. Hihihii, buat depa sakit hati tapi depa sabaq :')


KESIMPULANNYA, I LOVE YOU SHAMSUKINAH BINTI SAAD.
Saya janji suatu hari nanti saya yg tak berapa hebat ni akan banggakan mama dan juga ayah. Walaupun saya tahu saya tak setanding dengan yg lain :')


No comments: