June 26, 2012

Keciknya Dunia ?

*flip table*




Eh ehh ni dah kenapa nak flip flip table pulak ni?




Ok, mari flip hair. Eh, maaf. Flip scarf.


Aku cuma terfikir satu benda ni sebenaqnya ;


"Ohh ! what a small world !" ataupun "Wah ! Keciknya dunia."





Ayat yang biasa orang guna bila dia terjumpa dengan seseorang yang dia tak sangka akan jumpa, ataupun bila kawan anda si polan A sebenarnya merupakan kawan baik kamceng samseng kimchi kepada si polan B yang juga merupakan satu-satunya makhluk Tuhan paling sexy yang anda  paling menyampah kuasa sepuluh dekat dia. Arghh, pernah kan jadi macamtu? Aku selalu sangat jadi macamtu. pelik. ehh takdak laa pelik sangat. biasa la kan? eh ehh sembang keling apa ni ?


Alkisahnya lebih kurang macam ni lah,


Ada seorang manusia ni. Ok ja mula-mula tapi lama-lama ahhh kalau tengok muka pun memang rasa nak bagi tapak kaki 611527161287 kali ja kat muka tu. Oh rupa-rupanya dia ni kawan baik dengan bekas budak-sama-tempat-belajar-dengan-aku-tapi-aku-tak-rapat yang mana kawan dia tu pulak satu-sekolah-dengan-member-rapat-aku-tapi-taktau-depa-kenai-each other-atau-tak. Ok macam panjang sangat pulak. wahahaha.


Ada sekali tu pulak, sorang budak ni, kawan kepada budak yang rasa nak bagi tapak kaki tadi, ehh ehh rupa-rupanya dia masa dulu satu kelas dengan seorang budak group tott tett tott sama dengan aku kat hutan ni. dan dan dan dia jugak kawan kepada kawan kepada kawan aku. Ehhhh banyak sungguh liku-liku kehidupan kan.


Friends kat facebook tak heran sangat. tapi ada satu tu aku heran jugak kenapa tetiba ja, sama ada kenal atau tak, tak tau laa pulak yang tu sebab masih tiada jawapan.



Paham tak ?


Tak paham ?

.
.
.

Ok, diam.


Banyak kali sangat dah jadi kat aku macamtu tak kisah la dari segi yang aku suka atau tak suka. Kenal Abu, ohh rupanya Abu ni baik dengan Tipah dan Kamal yang merupakan member gua. Ok ok boleh diterima. Kenal si A, tetiba tau dia ni kawan kepada B yang ekau tak suko dan si B tu pulak suka kat C iaitu orang yang ekau suko. Keharaman apakah ini? Kahkahkah. Meninggal.



Kesimpulannya ,


*mencarut dalam hati*



Eh eh ehhh. Mohon beristighfar.


No comments: