Bulan Ramadhan datang lagi :')
Seriously aku memang tak sabar sangat tunggu bulan Ramadhan taktau lah kenapa. Mungkin sebab kali ni boleh berpuasa dengan family kot? Cuti semester jatuh masa bulan puasa, wahahahah, memang heaven lah. Emmuah. Plus rasa semangat nak bertarawih tu terlebih pulak, hihihi.
Tadi done tarawih for the first day. Wahhh, boleh bayangkan perasaan bila dah lama tak jejak kaki ke masjid atau surau then tetiba hang jejakkan kaki, rasa indah dan tenang gilaaa walaupun sesak sebab ramai manusia. Kalau masuk waktu Subuh lagi syahdu :')
Kalau cakap pasal bulan puasa, bagi aku yang paling terbaik dalam hidup aku sewaktu aku kat Sekolah Menengah Teknik Pendang la of course ! Sahur sesama, berbuka puasa sesama. Bertarawih sesama. ahhh memang best gila doh. doh doh doh ? Ok dah. Tapi dulu macam haram sikit perangai, kalau boleh nak ngelat tarawih, hik hik. Jahat benau. hurm tapi sempat sedar diri jugak. Hahahaa bestnyaaaaaa, kalau masa Subuh tu, tok imam akan berzikir dan akan nyanyi lagu ni ;
Harapan Ramadhan.
Sedih nak mampoih kot :( dah laa takleh puasa dengan family, padahal kalau balik ambil masa 45 minit atau sejam ja pun dari rumah. Tapi nak buat macam mana kan, lumrah duduk asrama. hehehe.
Sempena bulan Ramdhan yang penuh barakah ni, saya mengucapkan selamat berpuasa dan sama-samalah kita puaskan diri kita dengan beribadah kepada-Nya.
Sekian.
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
1 comment:
selamat berpuasa! ;D
Post a Comment