.
.
.
Lani aku nak cerita pasai paper ni petang tadi :'(
Paper Statistik Sains Sosial. Aku ada study, tapi .... mungkin tak cukup lagi agaknya ke-study-an aku tu. Soalan memula tu boleh laa jawab gak, mai tang belakang terus jem kepala otak padahai aku tau soalan tu senang ja ! Tapi disebabkan aku silap tang mana ntah so jawapan yang aku dapat tu takda sama langsung dengan jawapan pilihan yang dia dah bagi. Soalan tu pulak berkait. Sob sobs. Aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding jaa, ya laa, benda senang tapi aku tak boleh buat. Aku benci tau dakkkkk !
Nasib baik la soalan objektif. Tapi sepasainya jugak kalau dah bagi soalan objektif ni pun, bila dah jawapan yang naik kat kalkulator tu takda kat jawapan pilihan , haa dia mula la nak jadi tak toqah dah. Kalau subjektif, letak ja jawapan walaupun taktau betul or tak tanpa perlu risau maa. Hohohoo :p
Aku tak boleh laa bila tak boleh jawab soalan jenis kira kira ni. Ia mengingatkan aku dengan sejarah silam aku yang bodo kira-kira ni. Aishhhh. Aku serius kalau tak study hard untuk subjek kira-kira ni akhirnya dah boleh pi terjun tasik la, result memang k.o laa jawabnya. Dari dulu lagi kot, dari zaman hingusan =.='
Tapi yang aku paling ingat disebabkan aku dapat result Math paling rendah dalam kelas tu masa darjah 6 dulu, cikgu tu panggil aku pi depan kelas then tarik telinga aku. Wuaaaaa, sedih oooo. Lepastu dia suruh aku join tuisyen dengan dia time hujung minggu. Alhamdulillah naik gak laa result walaupun tak A. HAHAHAHAHAHAAAHAHAHAHAHA. Ok laa kan dari D jadi B? Kan kannn? :p Nokhorooooi bengong teruk aku. Lepas aku dah habis sekolah, adik aku pulak jadi student dia, and dia cerita ada satu time tu result Math dia tak berapa nak cantik lepastu Cikgu Munizah mention nama aku kat dia kata aku dulu teruk gaktapi lepas dah belajaq betoi2 dengan dia, dah makin ok. Pheww, cikgu.... Malu la titeww..
Lepastu masa sekolah paya, kira aku selamat lagi la sebab ada yang result bawah pada aku. kihkihkih. Tapi masa tu cikgu Math aku garang gilaaaaaaaaaaaaaaa. Stail baran baqhang. Student dia semua takut kot dengan dia. So setiap kali kelas dia, mesti aku cuak tahap nak arwah punya cuak la. Kalau tak siap kerja memang meniru laa jawabnya -.-
Masa dah berambuih pi sekolah teknik pun sama gak berlaku kat aku. Result serupa haremm. Bayangkan setiap kali exam mesti 5 subjek ni failed. Kejadah??? Sejarah, Fizik, Kimia, Add Math dan Math. Masa tu bodo tahapp...haihh taktau nak kata la. Akaun pun kira-kira, lembab gak.
Lepastu dah dapat kesedaran, hegeh hegeh laa pi belajaq kat Eija, Acheh dengan Fadz subjek Math dengan Add Math tu. Fairus ajaq Akaun. Bukan nak kata laa, aku lagi paham apa yang depa ajaq. Muahahahhaha *muka setan* . Akhirnya result Math pun ok. Hehehehewwww. Yang subjek lain tu dia ada cara lain pulak la, tapi Kimia tu memang aku rasa macam dah takdak cara dah. Cara dia tidoq ja. Tu yang paling afdhal bagi aku. Dahtu mai zaman kejatuhan kat matrik lak, zaman malas belajaq. Subjek Math pun buat aku qasa nak terajang semua benda. Result cam puiiiihhhhh.
Dan untuk sekarang, aku cuma harap Statistik mampu buat aku bahagia. Lecturer dia serius ok, ajaq paham. Tapi.... hohoho, mulut dia laser gak kadang. Tu no hal lah cuma kadang2 ja annoying tapi selebihnya stailo la dia ajaq. Paham. Masalahnyaaaaa aku ni laa, taktau otak terpeleot kot belah mana masa jawab tadi, terus blank kat soalan-soalan terakhir tu. Sobs sobs.
Sekian sahaja kisah silam ku.
Ahhhh, dahlaaa. Habis ja taip perkataan taip ni, aku nak lupakan pasai exam tadi. tettt.
Ok dah.
Ni laa surat cinta yang aku dapat tu, erm....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
T__________________T
Tak sangka lak dah lima kali. Subjek Ecom pun kena gak. Haihh. Nasib tak kena bar lagi, kalau dak mampussss nak jawab pa ngan makbapak aku.
Teruknya perangai... Semester tiga paling teruk. Tergoda dengan syaitonnnnnn.
Melampau !! Arrrrghhhhhhhgggghhh