Aku bosan. Jadi aku saja ja sebenarnya nak promote cerita-cerita baru dan lama ni.
Dah diam.
.
.
.
A LITTLE THING CALLED LOVE (FIRST LOVE)
Cerita pasal sorang pompuan yang nerd nak mampus dan tak cantik tapi suka kat Pshone, sorang mamat yang muka nak aww aww ja ni kan (tapi serius comei) kih kih kih. Cerita ni pasal kengkawan dan cinta jugak la (cinta tiga segi. Gittew...) sebab sampai satu tahap, heroin dia ni dah jadi cantik, duk kejar Pshone then lupa kat kengkawan. Ok tu ja la mampu bagitau.
COMING SOON
Cerita seram oooo. Aku suka gilaa Thai horror movies sebab macam real dan menakutkan. Tak macam movie omputeh dan seangkatan dengannya. Intro dia pasal pompuan sakit jiwa nama Shomba yang culik bebudak kecik a.k.a anak-anak orang untuk dijadikan anak sendiri lepastu korek biji mata depa sebab dengan cara tu kira macam nanti bila dah besar depa tak kenal la sapa mak bapak kandung depa. Dan kisah Shomba ni macam difilemkan semula la dalam cerita ni. Best! Plot dia macam unexpected jugak la.
DARK FLIGHT 407
Cerita seram jugak, tapi atas flight. Luarannya flight yang manusia ni naik nampak cantik hakikatnya... it's a haunted flight ya knowww. Buruk gila dan banyak hantu. Hantu dia macam best jugak la. Sebenarnya ada rahsia sebab apa flight tu berhantu tapi semua orang taktau, yang tau just ketua pramugari tu ja...
TEEN SPIRIT
Cerita pasal sorang pompuan bongkak dan obses nak dapatkan title Prom Queen yang akhirnya mati kena current masa kat prom night tu. Lepastu dia pun terawang-awang la atas langit dan bertemu Tuhan la kononnya (tung ah bleh buat cerita ceni kannnn) dan dia ni kiranya is going to hell la tapi if dia nak masuk syurga dia kena tolong orang yang paling tak femes kat kolej dia untuk jadi femes. So, bermulalah misi dia. Gittew...
TED
Cerita ni cam haromm gak la, kakaka! Tapi aku suka tengok part dia have fun dengan teddy bear yang boleh bercakap tu. Maybe sebab depa buat yang takleh berpisah dengan teddy tu lelaki kot.. Selalu kalau cerita mesti pompuan kan. Cliche. Tapi ni laki, nampak macam menarik jugak la. Punya rapat dengan Ted sampai kekadang pentingkan Ted lagi daripada girlfriend dia. Haha! Serius terbayang Meow Meow dengan Bobo pulak tengok cerita ni..
MORNING GLORY
Cerita tentang pompuan ni yang kerja kat sebuah stesen tv dan dia handle satu slot macam berita, something like that. Tapi kat situ ada sorang laki veteran yang bajet bagus dan hebat, mencabar kredibilti pompuan ni. Dia selalu buat spoil setiap kali ada slot depa, contohnya bergaduh dengan pompuan sorang lagi iaitu partner dia dalam slot tu. sebab dia tak suka benda gila-gila, dia sorang yang serius dan apa yang dia buat selalunya tak dijangka. Dalam masa tertentu boss kat stesen tv tu suruh pompuan ni bagi rating slot tu naik tinggi. Kalau tak, dia kena buang..
HEARTSTRINGS (YOU'VE FALLEN FOR ME)
It's Koreaaaa. annyeonghaseyo. miahahaha! Cerita ni besttttt. Maybe sebab dia cerita pasal muzik dan lakonan kot. Ada tiga love story dalam ni which is of course la tentang hero dia yang merupakan student applied music n heroin dia sorang student traditional music. Macam berbeza gila dengan kehidupan dia sebab atuk dia pentingkan muzik tradisional lagi daripada apa-apa pun. Then pasal cikgu tarian yang mengenang kisah lalu dan cikgu drama yang baran. Lagi satu pasal drummer yang nerd tapi sweet n sorang pompuan berlagak nak mampus, krisis dan takda kawan. Apapun, daebakk ! LOL. cuma aku tak suka yong hwa duk bajet cool apa ntah dalam ni. park shin hye pun.. urghh.....
DON'T BE AFRAID OF THE DARK
Cerita pasal satu family ni pindah kat sebuah rumah. Haunted la kiranya. Sorang budak pompuan ni which is anak depa ada turun kat basement pastu terjumpa satu lubang yang 'punca'nya dari situ la. Sejak dari tu dia kena ganggu dengan makhluk apa ntah pelik gila rupa dia setiap kali dalam gelap, contoh, time nak tidur ka. Tapi bapak dia tak percaya. Mak tiri dia percaya. Kesian jugak aku tengok budak kecik tu.. dah la comel. Ok, takdak kena mengena langsung.
SOMETHING BORROWED
Cerita pasal sorang mamat n minah ni yang kawan dari unibesiti lagi. Masing-masing suka sama suka tapi tak pernah luah. Dalam masa yang sama mai la bestfriend heroin ni yang perangai dia takleh belah gak, dan ter berkenan kat hero dia dan akhirnya bercinta sampai dah tahap nak kawin. Pada masa yang sama, bestfriend lelaki heroin tu pun suka kat dia jugak. Cuma heroin tu tak sanggup la nak khianat bestfriend pompuan dia dari kecik, so dia macam redha ja memula laki tu dengan bestfriend pompuan dia. So, macam konflik datang dari situ la. Cinta tiga segi jugak.. ahh macam empat segi ja ni..
HANSEL & GRETEL
Cerita baru lagi la. Pasal witch hunter. Dua beradik ni dulu ditinggalkan bapak dia kat tengah2 hutan then bapak dia cakap stay situ tapi depa berjalan merata jugak sampai la termasuk rumah yang disaluti candy tapi kat dalam dia nahhaii.. rumah ahli sihir jahat ! Witch tu duk dera lastly kena bunuh jugak dengan depa dan sejak dari tu depa mula la jadi witch hunter.
PROM NIGHT
Cerita saiko. blerghh. sakit hati la jugak tengok. cerita pasal sorang cikgu laki ni saiko, dia suka kat sorang student dia ni sampai mengantui hidup pompuan tu laa. sampai bunuh mak bapak pompuan tu semata-mata nak dapatkan pompuan ni. So, lepastu dia stay dengan aunty n uncle dia ja. Satu hari tu dia dengan kengkawan dia nak pi prom night. So... masa malam tu la jadinya macam2...
A LITTLE BIT OF HEAVEN
Cerita pasal sorang pompuan yang sangat happening dan suka hook up dengan orang. hahaha tapi takmau bercinta, just hangout ja dengan lelaki. Satu hari dia dapat tau dia sakit kanser usus dan if treatment tak berjaya, dia akan mati. Sedih gak la cerita ni. Sobsobss... Jadi, dia duk mengorat doktor yang jaga masa dia sakit tu. Henshem shiyal.. -.- masa Marley ni operation, dia mimpi berjumpa dengan konon Tuhan la dan dia disuruh buat tiga permintaan ja sebab kawan tu cakap dia memang akan mati walau cemanapun.. dia pun buat... tapi sedihhh :(
LIFE AS WE KNOW IT
Dia punya hero n heroin dia ni dalam ni dulunya macam bercintan cintun jugak la tapi masalahnya depa suka gaduh. Laki ni ramai pompuan, suka berfoya-foya. Kasanova gittew.. Tapi kerja kat satu stesen tv dan handle rancangan sukan. Pompuan ni pulak sibuk dengan kerja dia kat kedai kek. Depa ada kawan baik yang dah kawin dan ada sorang anak, Sophie. Nak dijadikan cerita, pasangan tu accident dan mati. So depa buat wasiat suruh dua-dua orang ni jaga Sophie.. Bermula pada tu la hubungan depa rapat balik tapi kadang gaduh teruk gak. Tapi ada orang ketiga, sorang doktor yang selalu mai beli kek kat kedai pompuan tu. Pompuan tu pun dah suka kat doktor tu lama dah sejak dia dengan Messer cam berantakan..
500 DAYS OF SUMMER
Cerita ni klasik! Aku sukaaa. Hihihi. Cerita dia ada flashback. ada fast forward. Summer ni tobat jahat ahh -.- hangout bagai nak rak lastly haram tak suka pun kat laki tu. Kesian gilaaaa..... Laki tu punya la angau tahap kronikal of narnia dan Summer bagi alasan love ni macam bullshit ja..
PITCH PERFECT
Ceritanya pasal student yang join acapella competition. Ada satu high school ni, dua acapella group which is Barden Bellas dan Treblemakers yang bersaing untuk menang dalam ICCA, acapella competition tu la. Aubrey buat silap masa last ICCA, so dia nak tubuhkan group baru dan tebus kesilapan dia dulu dan menang ! Tapi.. tak semudah tu... :D aku paling suka part the riff off. Memula tak paham jugak game dia cemana tapi tengok lelama baru paham. Hihi, anna kendrick's voice is soooo nyum nyum. Stacie & Donald, both are sexy... and Fat Amy is sooo pharneyyyy.. semua ada karakter masing-masing yang boleh tahan lawak jugak la. kakakaa..
OK DAH PENAT DAN DAH HABIS BOSAN.
BYE.