October 31, 2012

2 Days 1 Night

"Eel bahk ee ill !"

.
.
.



Wauuuo, apa kebenda tu? Maksudnya 1 Night 2 Days. Hehehe, tu salah satu gameshow Korea yang aku suka dan perkataan atas tu selalu depa akan sebut laa kan. Tapi kat tv depa letak 2 Days 1 Night bukan 1 Night 2 Days. Aku tau lambat jugak la pasal gameshow ni, dulu kakak n adik aku ja duk follow rancangan ni kat KBS Channel. Tapi masa Season 1 aku pernah tengok sekali ja. Masa tu taktau menatang pa yang depa duk tengok ni tapi aku ngaku memang lawak gila laaaaa. Ngeh heh heh.

Dia macam Runningman gak tapi aku tak pernah tengok pun Runningman tu walaupun duk dengaq orang sembang lama dah . Aku jarang tengok sangat dulu. Yang aku duk layan pun Oh My School (sebab ada Hong Ki dengan Simon D !) dengan Happy Together.  Lani aku duk follow episod 2 Days 1 Night yang aku terlepas masa ada kat hutan haritu kat website ni http://kshowonline.com/

Dah alang-alang duduk rumah cuti plus internet laju. Bukan apa, paham-paham laa kan aku yang duduk di kawasan terpencil yang indah dengan hutan hijau permai ni. Memang aku tak tengok tv la, internet pulak 'LALALALALALAAAAAAJU' sangat kan? Ok dah jangan mengutuk tempat study sendiri T___T

Konsep gameshow ni macam nak pekenal kawasan-kawasan best yang manusia sekalian alam ni boleh pi melawat kat South Korea tu la, even selebriti yang join tu pun ada jugak yang tak pernah jejakkan kaki lagi kat tempat-tempat tu. Depa kena main game yang digelar "Bok-bul-bok Game" iaitu game nak tengok sama ada peserta tu ada luck atau tak. Heuheueheu games tu la yang lawak gilaaaaaaaaaaa plus dengan perangai depa yang macam hampeskrep tu. Hahaha. Kalau tengok tak sah kalau tak renggah gelak. Kalau peserta bad luck makna kata kena denda la samada tak dapat makanan, atau dapat makanan tapi tak semewah dan sesedap orang yang menang, atau kena tidoq kat luar (kalau hujan nasib la) dan macam2 lagi.




Ini yang depa panggil Director Bird.
Aku pun taktau kenapa bird. Haha.


Kim Seung Woo
Seorang pelakon dan peserta paling veteran dalam ni. Bini dia retis gak. Dia ni kalau time malang, malang sungguh. Lawak tu dah memang tentu la. Aku paling kesian kalau tengok dia main game yang memerlukan tenaga macam kena naik turun tangga ataupun kena lari ka. Then penat. ya lahh ! dia kan dah veteran. Hehehe.


Lee Su-Geun
Seorang comedian. Dah nama pun comedian kan, memang lawak tahappp... aku taktau nak kata. Ayat-ayat yang keluaq dari mulut dia mostly lawak la. Hahahahahaha. Dah la dia ni kecik pendek ja. Pastu suka gelak. Anak dia comey <3 <3


Cha Tae Hyun
Pun sama lawak ! Lepastu asyik geeeeeeelak memanjang.  Kadang aku gelak sebab duk tengok dia gelak ja laaa. Hehehe, dia pun dah berkahwin. Dia ni kadang banyak luck jugak ooh sebab banyak gak game dia dapat makan sedap-sedap. Yang lain tengok meleleh ayaqlioq ja.


Uhm Tae Woong
Dia ni dah nak masuk 40-an dah kot tapi tak kahwin lagi. Kak aku suka dia. Dia ni boleh dikategorikan sebagai peserta yang selalu malang gak la. HAHAHAHA, setiap kali game Rock Scissor Paper tu mesti dia kalah. Tak paham betoi aku. Lepastu boleh duk buat pala mengenang nasib diri yang selalu kalah dan lonely. HAHAHA


Moon Joo Won
Yang ni serius mamat jambu teruk baqhang. Nampak manja gilaaaaa -.-
Dia paling muda kalau tak silap aku. Tapi aku suka jugak tengok dia kekadang. Hik hik (gatai). Pelakon Bridal Mask dan dalam gameshow tu depa pun suka panggil dia Bridal Mask. Dah la kat uum ada sorang nak muka macam dia. Tapi bezanya kawan tu besaq sikit pada Joo Won ni. Heeeee (tapi aku tak minat la dia tu).


Kim Jong Min
Seorang entertainer. Ada band nama Koyote. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !
Ni feveret aku kot. HAHAHAHAHAHAH kakak dengan adik aku menyampah dengan dia sebab dia hingaq dan pelik dan kelolo. Tapi menyampah yg biasa-biasa saja la. Walaupun muka dia tak berapa nak jambu ka hensem ka, yang penting aku suka <3 <3 Lagi satu dia kalau game yang memerlukan kena berfikir atau guna sixth sense selalu keliaaaa habaq hang. 


Sung Shi Kyung
<3 <3 <3 <3 <3 <3
HEHEHEHEHEHEHEHHEHEHE
Aku suka Sikyung !!!!!
Dia seorang penyanyi ballad Kpop. Adik aku yang promote lagu dia kat aku. OST Secret Garden - You Are My Spring. Walaupun adik aku yang suka dulu tapi ... ahhhh ! peduli apa, aku suka jugak. He he he. Dia muka nerd, pakai spek pulak kan. Dia sangat suka makan dan kalau dia tak dapat makanan mesti muka dia macam sedih atau bebai ! Hat tu yang aku suka tengok tu :p time dia senyum pun aku suka gak. HAHAHAHAHAHAH. Lepastu depa suka panggil dia "The Giant Sikyung" ... "The Huge Boy" ... something like that la sebab dia tinggi tough. So dia nampak besaq la antara yang lain. Sukanya sukanya sukanyaaaaaaaaa ok angau sebulan. He he he <3 <3

.
.
.
.



Sikyung with Joo Won bekerjasama
Hahahaha <3



Camping "Back To The Basic"




\( ^ v ^ )/