Mimpi,
Kekadang best, kekadang pelik, kekadang seram, kekadang lawak. Ok ok, berapa banyak KEKADANG daaa. Sebenaqnya boleh keluar nak cerita pasal mimpi ni sebab sejak-sejak akhir ni aku duk asyik mimpi ja. Hahahaha, aku suka gak bila aku mimpi, masalahnya la kan kan, yang aku mimpi tu haraaammmmmm tak SWEET DREAM langsung macam orang duk wish tu. Blergh.
Derek dapat mimpi pelik-pelik. Aku pun tak paham kenapa. Kadang aku mimpi, lepas bangun terus tak ingat dah mimpi apa benda. Tapi antara yang aku ingat.......
1. Mimpi aku kena jaga sorang budak perempuan ni. Budak ni boleh katakan comel jugak la, rambut dia straight tapi potong senget kat belakang TETAPI, budak ni budak yang ada sejarah kena histeria. Ntah cemana aku boleh kena jaga dia pulak. Kalau tak silap, dia baru masuk kat tempat aku belajaq tu kot. Then, tempat tidoq kami pulak macam masa duduk kat asrama dulu. Katil banyak-banyak tapi bukan double decker la. Lepastu budak tu sebilik ngan aku ! Dafishh, yang aku ingat suasana dalam bilik tu gelap ja. Katil dia lebih kurang dekat dengan aku gak.
Esoknya yang takleh blah, aku terlambat pi kelas BM Pengurusan (wahahahahha), masa masuk kelas tu nak kena punch card, aku macam serabai masa tu pastu budak pompuan tu ambik kad kat tangan aku dan tolong punch kat aku. Tapi suasana bilik kuliah tu gelap ! Aku tak paham pasaipa.
Keesokan harinya, aku dengan member-member aku plan nak pi mandi kat The Carnival SP (tetiba, hahahaah), dan la duduk sat lepastu staff kat tempat tu bagitau kata kami kena balik pasai budak pompuan tu tetiba histeria (tetiba pulak kan budak pompuan tu ada kena mengena ngan The Carnival -___- ). So kami pun berambus laa dari situ. Suasana masa tu mendung !
Aku kan kena jaga budak tu, jadi aku pun tanya la orang-orang yang tolong rawat budak tu, dan tetiba Cikgu Farid iaitu Cikgu Fizik aku masa kat STEP dulu adalah salah sorang staff yang rawat budak tu. Agagagaaa. *ok lepastu tak ingat dah apadia*. Endingnya, aku dengan bebudak yang lain jalan nak pi mana ntah, nak balik kot. N budak tu ada la jalan sekali ngan kami. K tamat -____-
2. Mimpi ni aku dengan member ramai-ramai pi kat satu bangunan kosong ni. Ada banyak tingkat gak la. Berdasarkan mimpi tu dia kata kat aku, bangunan tu pernah ada orang mati. Kira berhantu la. Hahahahaha K, tu ja yang aku ingat.
3. Mimpi ni aku tak ingat lak dia sekali dengan mimpi no. 2 ni atau asing. Ada aku masuk satu bilik sebab nak buat apa ntah. Rasanya ngan Bella (aku tak ingat sangat). Bilik tu serius buruk gilaaaaa, bilik tu bekas tempat berlakunya pembunuhan. Ok, mimpi bapak punya ntah apa-apa T___T bekas darah pun duk ada lagi. tapi darah yang kering dah la sebab berdasarkan mimpi tu, pembunuhan tu dah lama dah. Dan lepastu aku tak ingat dah apa jadi.
*lebih kurang macamni la tapi takdak la orang mati tu. Just bilik kosong lama.*
4. Mimpi ni suasana dia cantik ! Tak suram pun, kira nice la. Lokasi dia agak mengelirukan aku la, sebab aku kompius sama ada tu kat hotel atau hospital. Tapi kan ....... mimpi tu pun ada orang kesan darah gak kat lantai. Dan ada sorang doktor, dan ada sorang pompuan berdiri tepi tingkap bilik kat hotel. Kalau ikutkan mimpi tu kata, yang darah tu kena bunuh. Tapi .... tetiba sekilas mimpi tu ada muka wan aku yang dah meninggal sebab sakit dulu...(eh?). Pastu cerita tamat.
5. Mimpi ni agak tersentap gak la. Baru dua hari lepas aku mimpi. Aku mimpi .... hmmm .... macam tak sanggup nak sebut. Aku mimpi ayah aku ....... meninggal. Dan dalam mimpi tu aku macam tak sedar la yang ayah aku ni dah lama meninggal. Aku duk buat benda apa ntah then aku ingatkan ayah aku ada lagi, tapi lastly aku tersedaq sorang-sorang yang ayah dah lama takda.... pastu cerita habis. Haihh....
6. Ni baru semalam mimpi, mimpi mak aku kena pi mana ntah then stay kat hotel. Patu aku pi jumpa dia sat dan lepastu nak balik. Masa keluaq dari hotel tu, aku duk tercari-cari mak aku kat tingkap bilik hotel dia tapi lastly tak nampak pun -____-
Lepastu aku dengan kengkawan tetiba ada kat rumah family angkat masa kat Bakti Siswa selangor dulu. Masa dah nak blah dari situ kan, aku tak paham la mai mana sorang pakcik ni, dia dikatakan bawak lari student ka macamana ntah (dafuqqq??) rupa-rupanya pakcik tu kawan family angkat kami tu. Lepaih tu habehhhhhhhhhhhhhhhhh. Keharaman apakah yang gua mimpi ni? Hahahaha.
Aku pelik bukan apa, bila member aku cerita dia mimpi boipren dia ka apa ka, aku nak dapat mimpi camtu seploh taon akan datang la (hyperbola ja). Tapi tak semua la aku mimpi benda ngarut macamni, ada ja mimpi lain yg biasa-biasa. Nak kata tak baca doa tidoq tu, aissshhh, baca! Tapi yang ni ja antara yang pelik-pelik dan aku ingat.
NASIB BAIK AKU TAK MIMPI MACAM DALAM CERITA
NASIB BAIK AKU TAK MIMPI MACAM DALAM CERITA
NIGHTMARE ON ELM STREET.
Kalau dak, mati aku takleh tidoq buat selama-lamanya sebab kalau tidoq, kena bunuh dalam mimpi. Hahahaha