August 31, 2017

Throwback Trip to Kuching, Sarawak! (Day 1 & 2)

Wow setelah berkurun lamanya tak update kali ini aku rasa nak menaip sebentar. Rasa macam nak story dan throwback sikit pengalaman trip to Kuching, Sarawak!



INTRO:
Actually, start rasa tergedik-gedik nak ke sini lepas tonton filem bertajuk Nota lakonan Hans Isaac & Maya Karin. Cerita dia pasal husband & wife yang dah lama berkahwin and hubungan mereka berada di hujung tanduk sebab laki ni curang. Tapi demi nak selamatkan hubungan tu depa (wife dia ja sebenarnya) plan untuk pi bercuti ke Sarawak, iaitu tempat lelaki tu propose dulu kot if tak silap. Depa pi hiking kat Taman Negara Bako dan kat situ dia bunuh husband dia, so dari situ la aku teringin terus nak pi. kah!

So dalam bulan Januari 2017 haritu, aku usha tiket ke Sarawak and kebetulan ada promo, terus lah tanya adik aku nak join tak sebab dia pernah mention teringin nak ke Sarawak. Aku pikir nak ajak adik aku pun sebab dia nature explorer. Kalau nak pergi sini usha usha lah time promo Air Asia, berbaloi lah jugak. Cumanya kami pi 2 orang costly lah sikit. Kalau ramai, probability untuk lebih jimat itu ada sebab boleh split the bill.


Total flight ticket KUL-KCH return untuk 2 pax = RM392.46 (19 & 22 Jul 2017)

Total flight ticket AOR-KUL return untuk 2 pax = RM239.74 (18 & 23 Jul 2017)


Btw, harga for both ticket tu include baggage purchase yang kami terpaksa beli on the spot kat airport disebabkan terlebih muatan iaitu kek lapis (-__-). Sebenarnya lebih murah if tak terpaksa beli untuk baggage tu.

Jadi kepada uolls yang pesen nak shopping kek lapis berkotak-kotak, takmau menyusahkan diri sendiri & takmau membazir wang, silakan beli siap siap untuk baggage okay! Jangan jadi macam aku, bajet memula ingatkan tak lebih tapi sekali ada orang kirim last minute pulak, em jadinya sengih ja lah engko! *bukak purse keluar kupu kupu sambil airmata menitik



****************************************************************************************************************************************************************



Ini adalah itinerary + story !


18/07/17
Flight AOR-KUL jam 10pm. so sampai KL dah jam 11. Tidur kat surau saja malam tu.


DAY 1: 19/07/17
Dalam jam 4 pagi dah bangun dah uolls nebes takut terlepas flight hahaha. Then after subuh terus ke imegresen tunggu flight boarding time 0630. Perjalanan memakan masa selama 1 jam 45 minit.


Jam 9 sampai Kuching International Airport. First impression is view masa atas flight lawa nak mampos & boleh tahan jugak airport ni. That time depa tengah ada preparation untuk Sarawak Day so ada la tergantung banner Welcome to Sarawak. Wah, tetiba rasa kedatangan disambut okay!

Tunggu orang kereta sewa datang hantar kereta. Kami sewa Viva ja dari budak Unimas, dapat la RM90 per day. Ini adik aku yang cari kat member dia. Ni untuk July 2017 lah tapi, taktaulah lepas pada tarikh ini beliau still available untuk car rental or not.

Total amount untuk Viva selama 4h3m = RM360 / 2 person, so sorang RM180

Minyak = RM50 / 2 person, so sorang RM25

Contact number: +6013-8420636 (Fizin)

Lepas dah dapat kereta, isi minyak, terus gerak ke Cat Museum. Dari airport ke Cat Museum tak lama pun, bajet dalam 25 minit camtu ja. Semua distance ke memana tempat boleh refer google maps atau Waze ja lah senang. Cat Museum ni free admission (open 9am-5pm). Just kalau nak guna kamera kena bayar. Muzium ni dekat bangunan DBKU. Memula macam clueless jugak kat mana sebenarnya then tanya orang jaga parking tu dia kata kat atas. Okay. Aku suggest sini tak payah la spend time lama sangat kecuali kalau betul-betul minat ja, takda apa sangat pun just gambar kucing, sejarah dia and macam yang takda kaitan pun ada. Tapi disebabkan kami ni orang utagha kata peghak buih jadi kami terlajak masa pulak kat situ. Nyesal! Aku ingatkan ada kucing betul boleh main main ka kat situ. Lol

Lepas tu gerak cari kedai makan, punyalah geram gila cari kedai makan seperti yang orang suggest tengok tengok tutup. Nak bebai dah sebab lapaq kot, hahaha then singgah Restoran Serambi Rizki sebab itu ja yang bukak. Makan ayam penyet kat situ. Sedap tapi sebagai peminat makanan spicy, aku sedikit kecewa sebab sambal dia tak pedas langsung.

Le Nomade Hostel & Cafe

Sesudah makan, gerak ke tempat tidurrrr nak check in kat Le Nomade Hostel & Cafe (previously known as Le Nomade Borneo Bed & Breakfast) kat Green Hill, Kuching. Tempat ni bagi aku walaupun kawasan luar dia macam noob & buruk tapi hostel ni lawa nak mampus. English style gitu. Receptionist tu kabor hostel ni diorang khususkan untuk foreigner & orang semenanjung sahaja. Memang port matsaleh sebenarnya ni. Pi la tengok weh tak rugi, aku suka. Aku booking guna Booking.com. Ini pun aku search kat blog orang yang backpack ke Kuching.

Twin room with no window for 4D3N = RM165 / 2 person, so sorang RM82.50

(breakfast included, dapur ada boleh masak, boleh refill air, shared bathroom, mesin basuh pun ada, ruang lepak kat bawah, friendly staff dll) tak nyesal noks! Cuma malam akan bising sikit la sebab dekat dengan pub tapi luar bilik ja nak dengar kuat pun.

Petang tu kalau ikutkan plan nak ke Sarawak Cultural Village (SCV) tapi kejadahnya nak pergi dah pukul 4 dah masa tu mana sempat nak buat apa apa. Jadi kami decide untuk pi jugak ke area sana sekadar untuk kenal-kenal jalan saja. Perjalanan mengambil masa 45 minit (bajet 1jam). Berdekatan SCV ada Damai Beach, sini boleh dapat view Gunung Santubong. Cantik! Lepak situ sambil berlari berkejaran photoshoot kat pantai. Sebelum 7 gerak balik ke Kuching dengan sedikit kekesalan sebab lewat tak dapat pi SCV sambil memikirkan plan B demi menjejakkan kaki ke sana.

Sampai Kuching terus cari kedai makan sebab lapar dan penat es fak. Aku teringin nak try Mee Kolok Haji Salleh tu tapi bagus betul sebelum pi tak buat research dulu, gigih la malam-malam dok cari kedai tu sampai sesat and dok pusing 40kali tempat yang sama. Rupanya dah tutup! Kahkah terasa bangang seketika. Padahal ada ja kedai lain boleh singgah. Katanya kedai mee kolok tu bukak siang ja, kedai tu nama Sepinang Sari. Sedih nak mampos weh. Last last singgah Seafood Jambatan Satok, macam medan selera gitu jual seafood. Order mee kolok. Sedap la jugak. Dah kenyang jadi.....

Ayuh, balik tidoq!

.
.
.
.


DAY 2: 20/07/17


Hiking day! woohoooo.



Jam 8 pagi gerak ke terminal Bako National Park (45 mins). Breakfast roti ja noks dalam kereta sebab lambat dah masa ni hahaha nak kejar ke Bako lagi. Sampai tu, terus ke kaunter pendaftaran untuk beli pass masuk. Next, ke kaunter sebelah dia pulak untuk dapatkan tiket boat.


Pass masuk = RM10/person

Tiket sehala = RM15/boat, jadi kami beli terus untuk return so total RM30





Naik boat ke jeti dalam 20 minit. Bagi mengelakkan masa terbuang, janganlah gigih sampai di jeti terus nak snap 100 keping gambar. Eloklah pergi ke HQ Park cari kaunter pendaftaran dulu, kena jalan kaki ok. Nanti kat kaunter isi nama then dia explain trail yang kita decide nak hiking. Lepastu dah dapat map, gerak ke next kaunter untuk booking boat masa balik hiking nanti.




Tiket boat balik dari trail ke HQ Park (kalau takmau hiking) = RM35/boat.

**boat untuk balik akan ada jam 1, 2, 3. Last boat masa tu jam 3pm








Kami pilih trail Teluk Pandan Kecil (1.5km). Sebagai seorang yang bukan hikers & haram tak exercise langsung sebelum hiking, sangatlah pancit ya tuan-tuan & puan-puan. Tapi sebabkan adik aku bagi semangat jadi kembali yakin boleh! Hahahah. Memula ingatkan dah sesat sebab tak nampak kat mana trail yang dituju, then terjumpa satu couple matsaleh ni dia nak ke destinasi yang sama. Jadi kami pun teruskan berjalan and finally jumpa lah papan tanda untuk ke trail tu. Sepanjang hiking tu takda ramai orang sangat pun maybe sebab bukan musim cuti kot. Mostly foreigner ja yang nampak pun.

Setelah berpenat lelah selama sejam setengah, sampai lah kami kat view famous tu








Masa kat pantai tu abang boat dah sampai dah tapi mintak tunggu kejap untuk snap gambar and main main air pantai. Gittew. Then gerak balik abang boat bawak tunjuk port cliche iaitu Sea Stack. Sampai HQ Park dan bersiap untuk ciao dari Bako. Pukul 2 gerak dari jeti balik ke terminal Bako. Bye bye bako, ada chance kita jumpa lagi di lain trail!

Bye Bako !


Next destination is of course kedai makan beb. Perut main lagu punk rock beb. So kami pergi try Kafe Sambal Lada Leaves sebabnya aku ternampak kat ads board nama kedai ni. Kedai baru rasanya. Bolehlah not bad. Sedap tapi kuetiau goreng aku sikit :(((  hahahaha and adik aku order nasik goreng dabai. okay, sedap.

Next, kami pi cari kedai Kek Lapis Dayang Salhah area Kampung Boyan. Lepas dah usha semua kek, kami booking untuk delivery ke hostel. Free delivery kecuali kat airport. Kek lapis nama SAYANG SARAWAK sedap nak mampos weh. Please try. Macam nak beli 10 bekas. Hahahaha. Beli tiga je lah tapi; 2 Sayang Sarawak, 1 Red Velvet.

Kalau kek biasa tak guna bahan premium tu harganya RM10 sajeeeeee. Yang sedap sedap ni harga lain la pulak. Hihu, berapa ntah RM25 kalau tak silap. Emm sorry nyanyuk dah.

Lepas borong, asalnya nak ke Matang, tapi hujan lebat gila pulak plus penat hiking tadi tak habis lagi jadi decide untuk balik hostel segarkan badan dulu. Malam datang sini semula for leisure time. Asalnya nak tengok yang kata boleh naik sampan tu tapi sebab kami naik kereta ja terus sampai je lah takdanya sampan sampan bagai tu. Lolll

Jalan punya jalan, TETIBA!!!!

Nampak kedai makan nama My Village Barok macam ada dalam suggestion. Kah! Jadi we olls decide untuk try makan situ. Klasik gila design kedai dia i loikeeeee. Makanan sedap tapi mahal la sikit.

Aku:
Nasi Goreng Ayam Ketuk (nasi ayam penyet actually bezanya ayam tu dia grill. sedap!) + Teh C (aku tak minum teh ais tapi saja nak try sebab ada sorang ni suggest. Teh ais, ada gula melaka kat bawah dia)


Adik aku:
Nasi Sambal Udang + Lemon Tea. Worth a try. Tadaaaa


Lepas makan, gerak ke Kuching Waterfront nak tengok ada apa je situ. Ada banyak kedai makan & buskers. Ada juga yang jual souvenir sikit sikit tepi tu. Tempat lepak la area ni sebab dekat dengan hotel kat situ. Just jalan jalan ja sini takda apa nak dibuat pun so lepastu kami pun balik hostel. Tidurrrrr.

Day 3 & 4 to be continued......