December 31, 2012

Goodbye


Goodbye 2012.
We'll never meet again.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur ! :D
Thanks for all the bittersweet memories through this year !

366/366 of 2012


365/366 of 2012, aku jumpa puak puak ni ! Aaaaa dah lama ku idam-idamkan untuk ketemu setelah sekian lama terpisah pada tahun 2009 iaitu lepas tamat zaman persekolahan la kan. Zaman muda rumaja lagi masa tu ok. Young, wild and free. Heh, gituuu.

Bayangkan dah tiga tahun tak jumpa Eija, Acheh dengan Fad. Ana dan terserempak time dah nak balik u ja, padahai duk area Kedah gak semua. Ha laaa, Kedah pun besaq la jugak (eh?).. Tapi tak sampai rezeki dan masanya lagi untuk jumpak sampai lah semalam. Hehehe. Tengok ampa ni serius teringat zaman duk caih kelia kat sekolah, masa duk menggila kat kelas n hostel, makan sesama kat dewan makan, time prep, nyanyi2 lepas habis gotong-royong teptiap hari Jumaat ...... ahhhhh unforgettable moment !


Rindu gilaaa masa kat STEP.

Teringin nak jumpa yang lain: budak dorm, budak meja prep hat lain, dengan yg duk menggila sekali dulu...

Terima kasih kepada Eija the gegerldix (cikgu Math aku) sebab sudi jemput dan layan kami kat kenduri kahwin kakak dia tu. Terima kasih Kakyong sebab sudi drive ke sana. Terima kasih Fadzira (cikgu Add Math aku) dan Acheh yang sudi lead n follow us masa nak pi ke sana.

I love you all <3

December 30, 2012

Atoto


Hat ni kelia. Duk tayang pungkoq bleh.
Serius comei.


Hai adik kecik !
Takleh nak comel lagi kaaaaaaa ?
Nasib baik bukan hakmilik aku..... kalau dak...
Aku ambik buat lambung2.... -.-


Mohon membesar dengan jayanya !
Ok ?


XOXO


Gitchuew.

December 26, 2012

Exam Week

Taadaaa !
Bermulalah minggu keserabaian ku.

.
.
.

Done first payyperrrr today.






Ni kalau stress tengok orang pakat study,
aku pun study dan akhirnya stress sebab study tak masuk

.
.
.





Ni kalau time exam,
soalan yang ditanya tu aku boleh jawab dengan perfect !

.
.
.










Ni kalau bukak page pertama pun dah takleh jawab,
makanya..

.
.
.






.
.
.


Jawabnya meja la yang flip aku, sambil berkata ;

"Awat hang ni ngoyyy sangat ha soalan tu pun tak reti jawab ?!"





November 29, 2012

Control Your WHOREmones



November 27, 2012

Milestone to Thailand : Exploring Global Competitiveness


Program ni pergi ke Thailand, bagi sumbangan alatan pembelajaran (perabot) untuk Persatuan Muallaf dan Anak-Anak Yatim kat Kampung Sadao, Danok, Thailand. Pi pagi dalam pukul 9.30 macamtu lah kot kalau tak silap then balik area 4.30 p.m.

Yang pi opkos lah Pengarah dan Timbalan Pengarah Projek iaitu abg yong dan kakyong gua. Kikikii, yang lain aku, Zulfa, Amir, Mat, Bobo dan Sapik.


Angkut barang masuk kereta sebelum bertolak ke sana. Then sampai kat area Bukit Kayu Hitam stop jap sebab masuk Kastam untuk dia check alatan-alatan tu semua.

.
.
.
.







Kat sini saja dah tunggu sejam lebih, bapakkk ahhhh. Tobat aku tak toqah nak buat apa. Bosan menguap berayaq tak sudah dah mata aku. Dah la tengahari pulak. Ahahahaha. Lepas dah habis tu, then gerak sana lah.
.
.
.






.
.


.
.
.
.




.
.
.
.

Lepas dah transfer barang, ustaz tu bawak semua pi lunch dulu sebelum yang lakinya pi sembahyang Jumaat. Baqhanggg sedap betei makanan. Hahahaha ni baru betul tomyam thai yang makan kat Thailand :p

Menu lunch masa tu tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar dengan daging merah. perghhh, sengkak perut makan. Dah tu tak habis lak tu sebab yang laki dah kabut nak pi Jumaat. Hahaha  -.-'

.
.
.



.
.
.
.



Hujan di Danok

.
.
.




Tamat sesi pertemuan

.
.
.







November 21, 2012

Bodo Kira-Kira

Harini ada peristiwa bersejarah dalam hidup aku. For the first time aiolz dapat surat cinta tau uolzzzz. Urghh. Yang hantar tu pulak seorang wanita. Erm, aku dah agak dah memang dia yang hantar, aku duk perati lama gerak geri dia. Sebab sebelum ni kawan aku pun ada dapat gak surat cinta daripada dia. Cuma yang aku punya ada extra sikit la. Ok, yang tu cerita satgi lah.


.
.
.

Lani aku nak cerita pasai paper ni petang tadi :'(



Paper Statistik Sains Sosial. Aku ada study, tapi .... mungkin tak cukup lagi agaknya ke-study-an aku tu. Soalan memula tu boleh laa jawab gak, mai tang belakang terus jem kepala otak padahai aku tau soalan tu senang ja ! Tapi disebabkan aku silap tang mana ntah so jawapan yang aku dapat tu takda sama langsung dengan jawapan pilihan yang dia dah bagi. Soalan tu pulak berkait. Sob sobs. Aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding jaa, ya laa, benda senang tapi aku tak boleh buat. Aku benci tau dakkkkk !

Nasib baik la soalan objektif. Tapi sepasainya jugak kalau dah bagi soalan objektif ni pun, bila dah jawapan yang naik kat kalkulator tu takda kat jawapan pilihan , haa dia mula la nak jadi tak toqah dah. Kalau subjektif, letak ja jawapan walaupun taktau betul or tak tanpa perlu risau maa. Hohohoo :p

Aku tak boleh laa bila tak boleh jawab soalan jenis kira kira ni. Ia mengingatkan aku dengan sejarah silam aku yang bodo kira-kira ni. Aishhhh. Aku serius kalau tak study hard untuk subjek kira-kira ni akhirnya dah boleh pi terjun tasik la, result memang k.o laa jawabnya. Dari dulu lagi kot, dari zaman hingusan =.='

Tapi yang aku paling ingat disebabkan aku dapat result Math paling rendah dalam kelas tu masa darjah 6 dulu, cikgu tu panggil aku pi depan kelas then tarik telinga aku. Wuaaaaa, sedih oooo. Lepastu dia suruh aku join tuisyen dengan dia time hujung minggu. Alhamdulillah naik gak laa result walaupun tak A. HAHAHAHAHAHAAAHAHAHAHAHA. Ok laa kan dari D jadi B? Kan kannn? :p Nokhorooooi bengong teruk aku. Lepas aku dah habis sekolah, adik aku pulak jadi student dia, and dia cerita ada satu time tu result Math dia tak berapa nak cantik lepastu Cikgu Munizah mention nama aku kat dia kata aku dulu teruk gaktapi  lepas dah belajaq betoi2 dengan dia, dah makin ok. Pheww, cikgu.... Malu la titeww..

Lepastu masa sekolah paya, kira aku selamat lagi la sebab ada yang result bawah pada aku. kihkihkih. Tapi masa tu cikgu Math aku garang gilaaaaaaaaaaaaaaa. Stail baran baqhang. Student dia semua takut kot dengan dia. So setiap kali kelas dia, mesti aku cuak tahap nak arwah punya cuak la. Kalau tak siap kerja memang meniru laa jawabnya -.-

Masa dah berambuih pi sekolah teknik pun sama gak berlaku kat aku. Result serupa haremm. Bayangkan setiap kali exam mesti  5 subjek ni failed. Kejadah??? Sejarah, Fizik, Kimia, Add Math dan Math. Masa tu bodo tahapp...haihh taktau nak kata la. Akaun pun kira-kira, lembab gak.

Lepastu dah dapat kesedaran, hegeh hegeh laa pi belajaq kat Eija, Acheh dengan Fadz subjek Math dengan Add Math tu. Fairus ajaq Akaun. Bukan nak kata laa, aku lagi paham apa yang depa ajaq. Muahahahhaha *muka setan* . Akhirnya result Math pun ok. Hehehehewwww. Yang subjek lain tu dia ada cara lain pulak la, tapi Kimia tu memang aku rasa macam dah takdak cara dah. Cara dia tidoq ja. Tu yang paling afdhal bagi aku. Dahtu mai zaman kejatuhan kat matrik lak, zaman malas belajaq. Subjek Math pun buat aku qasa nak terajang semua benda. Result cam puiiiihhhhh.

Dan untuk sekarang, aku cuma harap Statistik mampu buat aku bahagia. Lecturer dia serius ok, ajaq paham. Tapi.... hohoho, mulut dia laser gak kadang. Tu no hal lah cuma kadang2 ja annoying tapi selebihnya stailo la dia ajaq. Paham. Masalahnyaaaaa aku ni laa, taktau otak terpeleot kot belah mana masa jawab tadi, terus blank kat soalan-soalan terakhir tu. Sobs sobs.


Sekian sahaja kisah silam ku.



Ahhhh, dahlaaa. Habis ja taip perkataan taip ni, aku nak lupakan pasai exam tadi.  tettt.


Ok dah.


Ni laa surat cinta yang aku dapat tu, erm....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



T__________________T


Tak sangka lak dah lima kali. Subjek Ecom pun kena gak. Haihh. Nasib tak kena bar lagi, kalau dak mampussss nak jawab pa ngan makbapak aku.


Teruknya perangai... Semester tiga paling teruk. Tergoda dengan syaitonnnnnn.
Melampau !! Arrrrghhhhhhhgggghhh



November 14, 2012

Someday



"..sometimes we're trapped in the circle until we're digging holes in the ground. We're trying, but nothing is working but still i want you around.."


"..someday, i'll bring you
to all those places that i've been there alone before."

November 07, 2012

Takdirrrrrr

Harini kita keluar dengan bestfghenz kita yang tiga orang ni :


Fatin, Wani, Bella

Harini dari pagi sampai ke nak maghrib tu, berturut-turut dugaan mai. Hahaha bila pikiaq balik serius lawak gilaaa. Bermula dengan kereta yang kami naik kena langgaq, kemik pintu sebelah kanan =.= dah laa kereta sewa. Bella yang drive. Kena langgar kat sebelah driver la kiranya. Hohoho bella trauma. Lepastu pi cari kedai repair kereta nak tanya berapa kena kalau nak repair. Dia cakap dalam dekat empat rat jugak sebab kena dua pintu. Punahhh harapan betoi dengaq duit bakal terbang melayang. Dah la keluaq sebab nak beli barang. Lepastu pi buang masa kat balai polis tunggu nak report kejadah tu rupa-rupanya IPD tu ambik kes jenayah ja =.= Ada la prosedur dia lastly orang yang langgar tu support duit sikit. Takpalah, kira ok dia bagi daripada takda langsung. Banyak gak la. Kereta dia pun rosak.

Then pi Mcd, makan makan, beli beli jap lepastu nak gerak balik. Dalam kereta tetiba lak ayaq yang Wani beli tertumpah. Huahuahuaa serius lawak gila. Basah n bertakung sikit kat seat dia, hahaha dia cakap tetiba rasa sejuk. Tengok-tengok ayaq tumpah, dah la dia pakai baju n skirt putih. Hahah wani wani.. lawak la..

Tak jadi singgah Jitra, balik u terus dan akhirnya masa dah nak dekat dekat sampai (dekat tak dekat sangat la), minyak habeh ! Kakakaaaa, betoi betoi depan bus stop. Fatin pun call abang kereta sewa tu. Dalam duk call, bella dan wani berdiri kat tepi pint kereta tetiba kereta tu terundur sikit, hohhhh fatin lupa tarik handbrake.. huahua. Lepastu tetiba hujan turun dengan lebat ! Maka. basahhhh la sorang sikit.

Then tunggu lama gak la, abang tu pun sampai, dia isi minyak, lepastu tanya kenapa dengan kereta. Muehehe, dah bayaq apa semua sewa kereta, abang tu cakap tunggu ada sorang abang lagi datang untuk settle pasal yang rosak tu. Dia mai n kami gerak pi kedai repair kereta ni la. Dia suruh kami nego harga sendiri. Mula 400 lastly dapat dalam 350. Ok lah, sorang sikit duit.

Akhirnya, semua pun balik. Tak lama lepastu Fatin mai bilik. Dia kata td tgk kat bilik, ada depa hantar surat amaran from lecturer BM. dia kata nak bagi kat student yg ketidakhadiran dia tiga kali dan keatas. Nakhaiiiiiii, kalau fatin dapat makna kata kami tiga yg lain pun memang akan dapat jugak la sebab memang pi or tak pi kelas sesama pun. Taktau surat amaran saja or kena bar :(

Tapi call wani dia kata takda dapat pun, aku dengan bella pun takdapat. Sebab sebelum ni pun ada surat yg student dapat dari pusat kaunseling, kami dua tak dapat. Taktau la. Tu pun satu masalah gak.  Kami tak pi ambik kunci bilik pun . padahai dah nak hujung sem dah bhahahahaaa kena bayaq denda la nanti -.-'





Kat bus stop. Hujan. Minyak habis.
Muka muka dilanda dugaan.


Kata kata untuk hari kejadian ni ;

"Semua ini takdir Tuhan..."



November 05, 2012

Khayalan ?

Lagu : Lagu yang boleh buat tidur lena
Lokasi : Bilik tidur
Suasana : Dalam dingin ke-awalpagi-an


*tiba tiba terjaga dari tidur sebab terdengar sesuatu*

.
.
.
.
.
.

*tengah mamai lagi*

.
.
.
.
.
.
.
.

*terdengar bunyi ketukan pintu. ketukan tak kuat dan tak perlahan*

.
.
.
.
.
.
.

*memandang roomate yang khusyuk tidur*

.
.
.
.
.
.
.
.

*terdengar ketukan kecil untuk kedua kalinya*

.
.
.
.
.
.
.

*berfikir adakah sedang bermimpi*

.
.
.
.
.
.
.

*berfikir adakah Fatin yang datang ketuk bilik sebab nak hantar assignment ?*

.
.
.
.
.
.
.

*berfikir adakah Wani yang duduk kat kolej lain datang ketuk pintu bilik sebab nak hantar assignment ? Oh tak mungkin..*

.
.
.
.
.
.
.

*berfikir adakah makcik cleaner datang awal dan ketuk pintu bilik? err takkan awai sangat mai?*

.
.
.
.
.
.
.

*berfikir adakah Kak Ain bilik hujung yang ketuk sebab nak minta tolong apa-apa? mungkin..*

.
.
.
.
.
.
.

*terdengar tombol dipulas*

.
.
.
.
.
.
.

*memandang roomate sekali lagi dan tengok jam handphone 05:38 a.m*

.
.
.
.
.
.
.

*terdengar ketukan kecil*

.
.
.
.
.
.
.
.
.


*diam..... diam.... dan akhirnya dah tak dengar lagi.........*


.
.
.
.
.
.


*kembali tidur*

.
.
.
.
.
.
.

Taktau la sapadia mai ketuk time 5.30 pagi tu. Macam nak pikiaq positif jugak. Macam nak negatif pun ada. Hahaha. Tapi .. ntah, tak pernah laa pulak sebelum ni pepagi buta camtu ada yang ketuk pintu bilik duk tak duk. Erm, roomate aku tak dengar pun. Aku rasa tu bukan halusinasi aku ! Ohh tidakkkk. Walaupun semalam tidur dalam keadaan kepala tak berapa nak sihat dan otak yang dah membunuh jiwa raga aku. Tapi aku yakin, yang aku tak berkhayal atau bermimpi ! Aku sedar walaupun half la. Erm....


October 31, 2012

2 Days 1 Night

"Eel bahk ee ill !"

.
.
.



Wauuuo, apa kebenda tu? Maksudnya 1 Night 2 Days. Hehehe, tu salah satu gameshow Korea yang aku suka dan perkataan atas tu selalu depa akan sebut laa kan. Tapi kat tv depa letak 2 Days 1 Night bukan 1 Night 2 Days. Aku tau lambat jugak la pasal gameshow ni, dulu kakak n adik aku ja duk follow rancangan ni kat KBS Channel. Tapi masa Season 1 aku pernah tengok sekali ja. Masa tu taktau menatang pa yang depa duk tengok ni tapi aku ngaku memang lawak gila laaaaa. Ngeh heh heh.

Dia macam Runningman gak tapi aku tak pernah tengok pun Runningman tu walaupun duk dengaq orang sembang lama dah . Aku jarang tengok sangat dulu. Yang aku duk layan pun Oh My School (sebab ada Hong Ki dengan Simon D !) dengan Happy Together.  Lani aku duk follow episod 2 Days 1 Night yang aku terlepas masa ada kat hutan haritu kat website ni http://kshowonline.com/

Dah alang-alang duduk rumah cuti plus internet laju. Bukan apa, paham-paham laa kan aku yang duduk di kawasan terpencil yang indah dengan hutan hijau permai ni. Memang aku tak tengok tv la, internet pulak 'LALALALALALAAAAAAJU' sangat kan? Ok dah jangan mengutuk tempat study sendiri T___T

Konsep gameshow ni macam nak pekenal kawasan-kawasan best yang manusia sekalian alam ni boleh pi melawat kat South Korea tu la, even selebriti yang join tu pun ada jugak yang tak pernah jejakkan kaki lagi kat tempat-tempat tu. Depa kena main game yang digelar "Bok-bul-bok Game" iaitu game nak tengok sama ada peserta tu ada luck atau tak. Heuheueheu games tu la yang lawak gilaaaaaaaaaaa plus dengan perangai depa yang macam hampeskrep tu. Hahaha. Kalau tengok tak sah kalau tak renggah gelak. Kalau peserta bad luck makna kata kena denda la samada tak dapat makanan, atau dapat makanan tapi tak semewah dan sesedap orang yang menang, atau kena tidoq kat luar (kalau hujan nasib la) dan macam2 lagi.




Ini yang depa panggil Director Bird.
Aku pun taktau kenapa bird. Haha.


Kim Seung Woo
Seorang pelakon dan peserta paling veteran dalam ni. Bini dia retis gak. Dia ni kalau time malang, malang sungguh. Lawak tu dah memang tentu la. Aku paling kesian kalau tengok dia main game yang memerlukan tenaga macam kena naik turun tangga ataupun kena lari ka. Then penat. ya lahh ! dia kan dah veteran. Hehehe.


Lee Su-Geun
Seorang comedian. Dah nama pun comedian kan, memang lawak tahappp... aku taktau nak kata. Ayat-ayat yang keluaq dari mulut dia mostly lawak la. Hahahahahaha. Dah la dia ni kecik pendek ja. Pastu suka gelak. Anak dia comey <3 <3


Cha Tae Hyun
Pun sama lawak ! Lepastu asyik geeeeeeelak memanjang.  Kadang aku gelak sebab duk tengok dia gelak ja laaa. Hehehe, dia pun dah berkahwin. Dia ni kadang banyak luck jugak ooh sebab banyak gak game dia dapat makan sedap-sedap. Yang lain tengok meleleh ayaqlioq ja.


Uhm Tae Woong
Dia ni dah nak masuk 40-an dah kot tapi tak kahwin lagi. Kak aku suka dia. Dia ni boleh dikategorikan sebagai peserta yang selalu malang gak la. HAHAHAHA, setiap kali game Rock Scissor Paper tu mesti dia kalah. Tak paham betoi aku. Lepastu boleh duk buat pala mengenang nasib diri yang selalu kalah dan lonely. HAHAHA


Moon Joo Won
Yang ni serius mamat jambu teruk baqhang. Nampak manja gilaaaaa -.-
Dia paling muda kalau tak silap aku. Tapi aku suka jugak tengok dia kekadang. Hik hik (gatai). Pelakon Bridal Mask dan dalam gameshow tu depa pun suka panggil dia Bridal Mask. Dah la kat uum ada sorang nak muka macam dia. Tapi bezanya kawan tu besaq sikit pada Joo Won ni. Heeeee (tapi aku tak minat la dia tu).


Kim Jong Min
Seorang entertainer. Ada band nama Koyote. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !
Ni feveret aku kot. HAHAHAHAHAHAH kakak dengan adik aku menyampah dengan dia sebab dia hingaq dan pelik dan kelolo. Tapi menyampah yg biasa-biasa saja la. Walaupun muka dia tak berapa nak jambu ka hensem ka, yang penting aku suka <3 <3 Lagi satu dia kalau game yang memerlukan kena berfikir atau guna sixth sense selalu keliaaaa habaq hang. 


Sung Shi Kyung
<3 <3 <3 <3 <3 <3
HEHEHEHEHEHEHEHHEHEHE
Aku suka Sikyung !!!!!
Dia seorang penyanyi ballad Kpop. Adik aku yang promote lagu dia kat aku. OST Secret Garden - You Are My Spring. Walaupun adik aku yang suka dulu tapi ... ahhhh ! peduli apa, aku suka jugak. He he he. Dia muka nerd, pakai spek pulak kan. Dia sangat suka makan dan kalau dia tak dapat makanan mesti muka dia macam sedih atau bebai ! Hat tu yang aku suka tengok tu :p time dia senyum pun aku suka gak. HAHAHAHAHAHAH. Lepastu depa suka panggil dia "The Giant Sikyung" ... "The Huge Boy" ... something like that la sebab dia tinggi tough. So dia nampak besaq la antara yang lain. Sukanya sukanya sukanyaaaaaaaaa ok angau sebulan. He he he <3 <3

.
.
.
.



Sikyung with Joo Won bekerjasama
Hahahaha <3



Camping "Back To The Basic"




\( ^ v ^ )/