September 30, 2012

Nyap Nyapppp


Ni lah perasaan aku kalau line wifi serupa harom baq hang.
Nak tunggu bukak google ka portal ka fb twittiaq apa semua 'seploh taon' gak la.
Mouse aku pernah rosak dah sebab wifi yang terkemut-kemut ni.
Lepastu aku pinjam mouse kat bilik JKPS.
Hak hak. sapa suruh lembab sangat !

Dahla haritu tiga hari line wifi takdak kat uum sebab ada masalah pedia taktau. Bila dah ada, duk lembab serupa tu gak la.


Ok diam.


Hmph baidewey la kan, aku dah ngap ngap dah burger Samurai tu. Saja beli sebab nak try rasa dia camana, aku dah siap termimpi-mimpi makan burger samurai ni kot haritu kes orang duk sembang pasai tu ja. AHAHAHAHA. Tapi, biasaaaaaaaaaaaa ja pun rasa dia ! Macam burger hat duk ada dah jaaa. Ka lidah aku pelik ? -.-


*ni kan orang kata boleh makan sampai muntah balik ni*



Burger made by abg kedai depan kolej aku ni sedap lagi. Ngaaaaa. Lagipun aku tak selera sangat burger murger ni, tapi kalau nugget aku on ja! :p


Tapi harini serius kekenyangan tahap kronikal of narnia laaaa. aaaaaaaaa.
Alhamdulillah :D :D :D

.
.
.

Selamat tinggal September 2012.
Moga ketemu lagi tahun hadapan.



September 26, 2012

Blerghh


Walaupun ayat


"Aku mungkin bukan yang terbaik. you deserve someone better than me."


memang cliche nak mampus (diguna juga sebagai alasan nak lepaskan diri) dalam kalangan masyarakat jiwang empatpuluhempat karat, tapi sampai satu tahap bila kepala otak dah tak mampu nak digest apa-apa, benda ni ja yang selalu bermain-main .. berputar-putar. Ni ja.


Padahal sepatutnya kalau dah tau diri tu hampeskrep tapi orang yang baik tu masih setia, bawak-bawaklah berubah, ye dokkk?


Blerghh

.
.
.

"..and I don't wanna fall to pieces. i just want to sit and stare at you. i don't want to talk about it and i don't want a conversation, i just want to cry in front of you. i don't want to talk about it 'cause i'm in love with you.."

- Fall to Pieces, Avril Lavigne -



September 25, 2012

Asdfghjkl




A rasa macam ni kat B tapi B rasa macam tu pulak kat C.
Dan akhirnya C rasa macam celaka.

Sesuailah huruf C dengan Celaka tu.

September 23, 2012

A Lonely Road


"There's nothing here for me on this barren road. There's no one here while the city sleeps and all the shops are closed. Can't help but think of the times I've had with you. Pictures and some memories will have to help me through.."

-Dear God, A7X-

September 22, 2012

I iz Double L




September 19, 2012

Pulun

Penatnyaaaaaaaaaaaaaa laa jugak (ada jugak noh ayat ni).


AKU RASA SERUPA BAJET STORY TELLER LA PULAK. OK DIAM.


Pepagi buta pi kelas rupa-rupanya Hafidz Hussein ni dia hilang mana ntah. Tunggu sampai 8.30 tak masuk, chiao pi makan, first time brekpes kat Kafe Cengkih. Wahahah nampak kejakunan disitu? Bertemankan roti arab (baru try) dan nescafe 'o' ais. Perghhhh. Saja nak habaq.

Lepastu kelas Zuwairi. Heh, tak sangka kali ni kelas dia aku boleh fokus. Siap catit notes lagi tau. Tapi dalam pada duk fokus tu pun sempat jugak laa tweetjack Fatin Atiqa,


"Dah tiga hari tak berak. Arghhh." HAHAHA.


Sebenarnya ingat nak drop kelas pukul 2 dan cari kelas pukul 12.30 sama macam depa, tapi .... lecturer Ecom aku hensem pulak dah. KAH KAH KAH. cancel niat nak drop. (padahal memang malas dah nak tengok benda alah add drop ni. ayat provokasi ja ni.)

Cuma tadi aku rasa aku bijak jugak la sebab bawa buku Awek Chuck Taylor tu sekali. Mengisi masa senggang laaaaaaa apalagi. Serius cerita ni best. Taktau la kenapa, mungkin sebab dia based on kisah sebenar kot.


Dah kat page 202.
Sebenarnya bukan apa, nak tau kesudahan cerita dan nak baca buku lain pulak. Baru beli haritu. Wkwkwk !

i) Kitab Terfaktab I
ii) Lelaki EksistenSial

(don't judge a book by its cover)


Sebenaqnya tujuan asal aku nak taip benda lain iaitu benda yang agak gloomy tapi tetiba tertaip benda lain. Jadi, aku tak boleh nak buat apa-apa.
Ini semua ... takdir .
HAHA.

September 15, 2012

#266 - Menanti Kekasih


Menanti Kekasih by Alda Risma


malam sunyi ku sendiri 
duduk sepi diatas pohon 
kubiarkan rambutku terurai

tanpa kaki kelawar,anjing dan bulan purnama 
menanti kekasih ku yg belum mati 
kapan mati kekasihku 
ku menanti kau disini 
ayuh mati bunuh diri 
biar kita jumpa lagi 
seperti dulu 

hahahahhahahahaha(3x)

mana mungkin ku kembali 
hidup lagi seperti dulu 
kecuali engkau mati 
mohon mengerti 

kapan mati kekasihku 
ku menanti kau disini 
ayuh mati bunuh diri biar kita
jumpa lagi seperti dulu


.
.
.

Lagu ni Fatin yang suruh aku dengan Bella dengaq. Hahahaha.
Dari kelas haritu lagi dia promote.
Muzik & suara dia best kot. Ala-ala penyanyi Indonesia zaman mak bapak aku dulu.
Masalahnya, errrr. scary betei lagu. Huh.
Aku memula dengaq tak perasan lagi tapi mai part dia sebut ;

'tanpa kaki'

tu aku macam,

"Woiiii, lagu hantu ka ni ?!"

Yang Fatin gelak ja. Bella pulak cakap, "Patutla atas pohon. Rambut mengurai."

Based on cerita orang, penyanyi ni dah meninggal disebabkan overdose dadah. Taktau sama ada bunuh diri atau dibunuh. Dan lagu ni direkod tiga hari sebelum dia meninggal. Hohohomaigodddd. Taktau la kisah benar atau dak. Mohon kaji sebelum membuat spekulasi.  Cewah.


Apa-apa pun, lagu ni menyeramkan.


September 14, 2012

#265 - JelajahLejenFixi



Jadi, inilah yang gua tunggu-tunggu selama ini !
Tadaaaaaaaa ;

i) Awek Chuck Taylor
ii) Kitab Terfaktab II : Nakal Tapi Halal





Akhirnya tercapai jugak impian aku nak baca cerita
Awek Chuck Taylor by Nami Cob Nobbler ni.


Tapi aku baru di mukasurat 40 daripada 259.

.
.
.

Pagi tadi boring punya pasal dalam kelas komputer,
maka inilah yang terhasil :


Chaochinchiaooo.

September 12, 2012

Bau Kedai



Ada bau kedai tak? Snif snifffff. Bau benda baru la, gilaaaaa !
Semester baru. Azam baru (lah kononnya). Kad matrik pun hang tak cari bagi jumpa lagi. Haktuihh. Antaranya :


Takmau tidoq petang. Cecewah, macam tak boleh caya ja.


Sebelah malam pula nak tidoq awal.
(time asaimen tak melambak boleh laa tidoq awal. duhh)


Then, keesokan paginya pula nak kejut kakyong.
Asyik dia ja kejut aku. Muahahahahaahaha.


Lepas tu, dah sem ni ada belajar paper Statistik Sains Sosial makanya aku yang lemah abadi dari segi subjek pengiraan ni akan cuba ya, cuba untuk elak dari berlakunya "repeat-peat-peat-peattttt."


Disebabkan kelas semester ni semua start jam 8 pagi maka memang dah SAH SAH SAH laa kena merajinkan diri mencelikkan mata awal. Kalau lambat, masalah bala bencana yang akan timbul adalah seperti ketinggalan bas, masuk kelas lambat lalu diperhatikan sekumpulan manusia dan lecturer dalam dewan kuliah (ini adalah sangat malu dan awkward) atau TAK PERGI LANGSUNG KELAS.


Tolonglah jangan buat perangai macam dulu. Asalkan kelas 8 pagi ja mesti lewat ataupun tak pi langsung. Dah la sem ni punya paper ada jumpa lagi lecturer yang sama yang mana kami selalu skip atau lewat ke kelas dia. Kah kah kah. Ingatkan pertemuan kami berempat dengan lecturer tersebut masa tamat semester dua depan pintu lif bangunan SMMTC tu adalah pertemuan terakhir, rupa-rupanya ..... hampeh.

.
.
.

Semoga lecturer tersebut kurangkan sifat petik nama orang dalam kelas.
Fuhh fuhh fuhhh. Oke dah habis jampi.


September 11, 2012

Jenaka Sinis

.
.
.

Lalu tercotcetcotcet lah aksara-aksara yang bersatu menjadi kata berbisa dari mulut sekian sekian manusia yang kononnya mahu merendah diri serendah pasir yang ada di tepian pantai tetapi masih dalam keadaan memuji diri sendiri tanpa sedar.

Mempertikaikan tanpa dibalas pertikaian yang lain.

Sebelah pertikai. Sebelah pendam.

Sebelah menang. Sebelah dendam.

Hahah, nak join buat parodi mungkin.