November 05, 2011

Hatiku Membunga Sekebun-Kebunnya

Angin malam dingin sekali rasanya, menusuk hingga ke tulang sum sum. Ahhh sudah, menggamit diriku ingin terus landing di atas katil bujangku yang sudah tidak berapa nak empuk tu. Sedang asyik melayan kepala yang telah dihenyak-henyak di atas bantal (haha), tetiba ... "beep" .

Ya ! Itu menandakan mesej masuk ! Yahoo yahoo, gerangan siapakah yang bertuah menghantar mesejnya kepadaku ? Ohhh no ! Beliau ialah ... Hehehe.
JoJo Circus ! Teneniaw teneniaw ( sambil kayuh basikal badut ).


JoJo : Weh hang free dak Ahad ni ? Jom kuaq..
Aku : Ha free. boleh boleh . pukui berapa ?
JoJo : Ha okeh2, Kami mai pukui 10 tau ..
Aku : Oraittt .. ( Dalam hati duk hoyeah hoyeah tak sangga dah )

.
.
.

( Tanggal 30102011, tibalah hari yang dijanjikan )

( Monolog dalaman )

Aku : Ishh biaq betoi dekat pukui 10 dah ?! Betoi ka harini yang depa kata nak keluaq ntah ? Awat tak mesej apa pun. ( Masa ni tengah mamai gi bangun tidoq )

Lalu dengan pantas sepantas-pantasnya jari ini menaip mesej :

Aku : Weh, harini kan keluaq? Jadi ka ?
JoJo : Ha harini. Jadi2..
Aku : Hang tunggu sat noh, aku baru bangun tidoq. Hahaha, nak pi mandi sat.
JoJo : Okeh2, satgi aku nak pi ambik Zaymar dulu. Siap kaih !


( Siap siap mandi, duk jadi qeja pulak pi cari seluaq yang aku nak pakai & hairband tak jumpa2. ayamm betoi. menyumpah sebentar lerrr )


-----------------------------------------------------------


Aku : Aaaaaaa. Eeeeiiii (!) Panaih betoi aku . Tau dak, tadi aku .. bla bla blaaa (duk beletiaq)
JoJo & Zaymar : Hahaha , lerrr. patut laa lama !


Duk menyembang-nymebang, baru teringat Mek Ida pun cuti jugak ! Lerrr, aku pun dah nyanyuk pasepa ntah. Kalau tak, boleh menyotong sekali. Takpa, cuti panjang belum habes lagi bro.. Oke tamatlah cerita nak keluaq. Duk syok apa ntah buat ayat novel. Ngah ha ha. Lepaih tu kami pun membelahkan diri ke Aloq Setiaq. Tudiaa habaq hiang, Pekat nak mampuih aih hiang ni. Tulih lam belog ja pun.
Ngaaa :DD

.
.
.

Dann ..... kedai yang paling pantang aku masuk :


Asal masuk ja, mula laa aku gedik gedik nak tengok novel kan. Hehehe.
Dah lama dah aku sabaq ni. Berapa bulan dah sabaq nak beli novel sebab duit takdak.
Huhh, akhirnya ! Cita-citaku tercapai ! Miahahaha ( sambil pegang bendera kemenangan )
Rambang mata la tengok banyak sangat. Kalau boleh hat mana aku bekenan aku nak beli terus semua. Tapi ... terpaksa sedar diri ya. Fuluss tak berapa nak mania sangat.


Damn Damn Damn ( I wish you were here - Avril Lavigne )
Woi serius syiok kot novel ni. Memang berkebun bunga jugak la hati aku baca novel ni. Aku taktau apa masalah aku suka novel-novel macamni. Tapi memang best lah. Part aku suka time hero & heroin gaduh masa zaman depa muda rumaja dulu. Perghh, kasaq gila kot. Wawawa, i loikeee (!)

Sinopsis: Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu? 

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangat rapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.



Tapi yang lawaknya sebab zaman Myspace punya cerita nih. Hahaha. Teringat zaman myspace aku. Huhh, Zaman tak matang tahap ****. Oke sambung balik. Sebab penulis dy  (Cik Liyana Zahim) kata, Sekebun Bunga Cinta ni dy peram lama sikit then  biaq novel yang lagi satu which is Rindu Tercipta yang release dulu. Tapi tak kisah pun, gua tetap suka.

.
.
.
.

Hahh ! Baru gua tau Amirr berjinak-jinak dengan belog yea sekarang. Hihi.
Bravo bravooo . Dan dan dan, aku tacing gila entri dy. Asal teringat zaman kekawanan kat matrik dulu, mesti rasa tacing. Walopun tak suka kat kmp, tapi memori kat sana memang best :)



4 comments:

pepol said...

wah,bez ke novel tu?

Lily Suhaili said...

Hehehe boleh tahan la :D

ChentaHati said...

ingatkan rock star tak layan novel.hehe

Lily Suhaili said...

Huahuaa..
Ketagih novel :PP