February 20, 2012

Read It





Liberal Gurlz :



“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”





Ustaz :



“Ok silakan……what you want to know…”





Liberal Gurlz :



“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?



Ustaz :


“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh 


perintah Allah.!!





Liberal Gurlz :


“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan 

tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje 

sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung 


di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”



Ustaz :


“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di 

dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada 


zina”

Liberal gurlz :


“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…

rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita 

adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian 


tidak bertudung dan berpurdah.!!!”


“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang 

pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”






Ustaz :


“Hai….macam perli saya aje ni….?”




Liberal Gurlz :


“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya 


soalan ni…….ha ha ha ha……!!”



Ustaz :


“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari 


wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”



Liberal Gurlz :


“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan 

diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”




Ustaz :


"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya 

tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk 

melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan 


gangguan seksual.”….



“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu 

yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan 

menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab 

terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya 

adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya 


perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”




Liberal Gurlz :

“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang 


lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”





Ustaz :


“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga 

maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah 

Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu 

sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia 

berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui 


perkahwinan yang sah”




“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat 

memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita 

membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita 


bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”





Liberal Gurlz :

“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……

perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang 


lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”






Ustaz :


“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup 

aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita 


tak boleh pertikaikan……!!”



“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang 

jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan 

bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…


akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”



Liberal Gurlz :


“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz 

mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia 

baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula 

seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…


pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”




Ustaz :


“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun 

dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat 

pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di 

dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…

kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala 

kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak 

menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat 

ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita 

tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang 

membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu 


dicampakkan kita ke dalam neraka.”



“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika 


dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…

maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab 

diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya 

tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan 


aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”



Liberal Gurlz :



“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang 

bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……

yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai 

tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia 


dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”




Ustaz :



“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk 

kubur….?” Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi 


baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan 

bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka 

dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu 

bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup 

sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a 

gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak 

pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan 

bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu 

untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang 


benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”



Liberal Gurlz :


“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya 

ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita 

dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah 

….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan 

perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan 

mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau 


diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”



Ustaz :


“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di 


akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”



Liberal Gurlz :




“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima 


kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”



Ustaz :


“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang 

lebih baik……..saya akan doakan…..!!”




source : Oh Media

6 comments:

shameel Iskandar said...

salam kenal.
Saya tertarik dgn perumpamaan yg dilontarkan oleh Ustaz Pahrol Mohd juoi,

Lebih krg mcm ni.... memakai tudung mcm memakai topi keledar. topi keledar menjaga kesleamtan nyawa dan tudung menjaga keselamatan akhlak.

mungkin kedapatan si pemakai tudung yg tidak berkakhlak islam spt suka mengumpat. Ia mcm juga si pemakai topi keledar, dlm keadaan tertentu topi keledar tidak mampu menyelamatkan nyawa si pemakai.

cuma, yg jelas memamakai topi keledar risiko utk berkecai otak itu tipis berbanding tidak memakai topi keledar. maka begitu jugalah dgn bertudung, peratus dan jumlah org yg bertudung yg tidak berakhlak sejujurnya lebih kecil berbanding org yg tidak bertudng.

Lily Suhaili said...

A'ah laa .. memang betul gak pakai teori topi keledar ni .. hehewhe ..
Sukaaaaaa :)

Cik Adieb said...

wahhh , hehe ... petah betul ustaz tu sampai si pompuan tu insaf :) syukur

Lily Suhaili said...

Heee ..
Berhijrah ke arah kebaikan :')

AzwanRamli said...

Nice sharing...Turn to Allah before we return to Him (Allah).

Lily Suhaili said...

@Azwan Ramli, yess :)