October 30, 2012

There's An ASS in ASSignment


Ohhhhhhhhhhhhhh seriously weh ?




Cuti tapi assignment berlungguk ! Orang kata inilah kehidupan pelajar unibesiti. Tapi .... duhhhh, holiday is still a holiday ! Lalalalaaaa :p

Cuti memang laa macam cuti tapi kehadiran assignment ni membuatkan kepala aku semak betei la. Aku kalau ikutkan nak goyang kaki ja takmau buat lagi, tapi bila pikiaq balik, elok gak aku buat lani kalau tak nanti balik sana double triple serabut lagi kepala hotak aku ni. Plus, apa guna aku bawak balik buk..... ehh cop cop ! Bawak balik?

Aku mana bawak balik apa pun hik hik. sebab semua ada dalam laptop ja. Blerghh. Dia kalau kerja kena guna laptop ni jadi payah balik kes ada internet ja la. Internet kat rumah heaven pulak. Hahaha ! Buka laptop, pastu buka microsoft word nak taip taip laa konon. Lastly buat apa? ONLINE t(-___-)

Padahai kalau on facebook bukan duk buat menatang pa pon ! Duk like dengan duk stalk ..... ja. he he :p On twitter lagi laaaa ! Duk merepek meqaban kot tu. Tu tak kira duk tengok gameshow Korea lagi. Kejadahnyaa pun.

Nasib baik ada Bella yang duk peringat setiap hari kerja-kerja ni. Kadang sampai naik meluat aku tengok! HAHAHAAHAHAHAH. Tapi aku masih bersyukur ada yang duk peringat. Kalau dia pun duk buat perangai camni, memang hampeskrep la group assignment tu jadinya.

Dah laa banyak keja weh. Rasa macam nak nangeh ja tengok. Waaaaaa. Naik cuti ada midterm test lak. Kepala ayam. Ok, ni semua salah aku yang leka dengan benda-benda lagha *undur ke belakang slow slow dan berlalu pergi*


Human Communication ada group and individual assignment.
Intercultural Communication pun sama.
Media and Society pun sama ! (haaa, tengok tengokkk. dah mula naik tanda seru dah ni)
Aplikasi Komputer a.k.a STID kena buat Microsoft Excel ! Harommmmmm tak reti weh. Buta IT. Online ja pandai. Kah kah kah.
Bahasa Melayu Pengurusan ni lagi hampehhhhhhhhhhh. macam tak wujud ja. HAHAHA
Statistic? Mind map dah hantaq ! Okayyyyyyyy now what? Ready for midterm test.






Blup bluup blupppp







Bunyi apa tu?

Bunyi aku lemas dalam lautan assignment !


October 30, 1957

Dimulakan dengan senyuman lebaq (^______________________^)


Ooh harini nak menaip pasal special event which is ;


My MOM's birthday ! :p

ALLAH selamatkan kamu !
ALLAH selamatkan kamu !
ALLAH selamatkan Shamsukinah Saad !
ALLAH selamatkan kamu ~


HAHAHA aku terasa macam menyanyi lak padahal menaip ja.




Happy 55th birthday Mama. May ALLAH bless you always, murahkan rezeki, dan diberi nikmat kesihatan :D

Peaceee (^____^)v

You're the best mom in the world (hehe semua akan cakap macamni punya). Walaupun masa dulu mama garang gila (-___-) tapi garang dia bersebab dan bila dah veteran ni garang dia dah berkurang dah. He he he. Tu yang aku sukaaaaaa :p . Sebab kalau dia garang aku takot laaaa. Huk huk. Tapi kat sekolah pun aku dapat rasakan dia seorang cikgu yg garang (-____-)


Antara ayat garang dia ;


"Ni, pi kira semayang apa dulu !"
(kalau asyik duk leka tengok tv or duduk depan laptop)

"Satgi kalau mama hempuk laptop tu apa pun tak dapat kot."
(Kalau asyik online tak berenti)

"Hampa dah besaq nanti, kawen, hampa pi pindah tang lain. Tak payah duk sini dah." (ayat merajuk -__-)

"Ni, kalau nak tempat luaih, pi tidoq tang padang bola."
(Hahhahahahahaha)

"Jaga tingkahlaku sikit. Satgi depan orang pun duk buat kelaku macamtu. Dah duk terbiasa.."
(K mama, K.)

"Toksah duk gelak kuk kik kuk kik serupa pontianak aih malam-malam camni."
(-_____-)



(ni side garang la. kalau side gila-gila dia emmph aku rasa tobat orang tak caya...kot? haha)



TAPI



Bila dia dah start buat ayat nak bagi anak dia tacing susah la. Susah bukan sebab apa, sebab mula laa nak rasa bersalah. Mueheheeee. Contoh time dia mintak tolong urut kaki ka picit kepala dia ka dan lain-lain, pastu anak-anak dia duk buat pala ketegaq, satgi dia bawak keluaq ayat ni ;



"Nanti kalau mama mati, bukan boleh nak pegang atau tolong macamni dah...."



Erghhhhhhh.
Ok aku benci ayat tu walaupun ayat tu memang kenyataan pun (T___T)

.
.
.

Ohh dan baru tadi lepas dia dah boring tengok tv nak masuk tidoq, aku duk mengadap kerja sat, then wish dia "Happy birthday !" sambil nyanyi-nyanyi sikit. Hahah !


Yang takleh blahnya dia kata : "pukui 9.30 pagi esok baru lahir.. tengok kat sijil beranak dah semalam. (semalam dia duk key in data untuk pencen nanti)" .. Pastu dia warning aku jangan duk hingaq sangat tengah-tengah malam ni. Errrr.................




......................... K ......................


*banjir ayaq mata*



Hahahahahahahaaa. Itu sahaja. Kbye.
(Mama, i'm sorry for my bad attitude but I really hope that i  can make you proud of me someday..)

:D :P

October 26, 2012

DariNYA Kita Datang, KepadaNYA Juga Kita Kembali

Takda apa yang boleh aku cakap sekarang melainkan rasa terkilan sebab tak sempat jumpa sebelum tiba waktunya. Mama kawan aku (salah sorang geng VAIRAI), Noriza, baru saja pulang ke rahmatullah petang tadi (25 Oktober 2012).

Meninggal masa nak sambut raya Aidiladha. Ya ALLAH.... kalau aku ni Eyza taktau laa apa jadi kat aku. Dah la dia rapat dengan mama dia. Hmm. Ni pun aku tau daripada Nunu dalam pukul 9 malam tadi, meninggal sebab apa tu tak sure la sebab Eyza tak bagitau tapi aku rasa mungkin sebab sakit. Serius terkilan n sedih. Lama dah aku tak jumpa Eyza and family dia. Tak sempat :'( plus cuti pulak kadang tak sama. Arwah mama dia baik sangat dan kuat. sebab apa aku kata kuat? Sebab mama dia cancer survivor :'(

Sedangkan masa sekolah dulu selalu jumpa., selalu lepak sesama, dia rajin mai rumah aku dengan Hannan. Bila nak balik, mama dia mai ambik. Last aku jumpa mama dia pun aku tak ingat dah bila, sebab lama sangat tak jumpa. Masa raya dulu kot dengan vairai yang lain? Ahhh, dulu tu pun aku tak pasti dulu yang tahun bila. 2011? Not sure..... 

Ingat nak pi tengok tapi Nunu kata Eyza habaq tak simpan kat sini. Jojo plak ada kat KL. Aku sedih. Dulu masa mama Jojo meninggal pun aku tak sempat tengok gak. Masa tu zaman aku duk kat teknik pendang. Haihh, masa tu serius aku sedih gilaaaaa n rasa aku ni kawan yang tak berguna. Tobat tak muhung aih  ==' naseb baik Cik Fighuzzzzzz Nabila ada duk pujuk aku.

Entri SELAMAT HARI IBU yang Eyza post dulu ni memang sedih la..... be strong, girl.
Ni dia. baca la ;


Al-Fatihah
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Amin..

October 20, 2012

Dreams


Mimpi,
Kekadang best, kekadang pelik, kekadang seram, kekadang lawak. Ok ok, berapa banyak KEKADANG daaa. Sebenaqnya boleh keluar nak cerita pasal mimpi ni sebab sejak-sejak akhir ni aku duk asyik mimpi ja. Hahahaha, aku suka gak bila aku mimpi, masalahnya la kan kan, yang aku mimpi tu haraaammmmmm tak SWEET DREAM langsung macam orang duk wish tu. Blergh.

Derek dapat mimpi pelik-pelik. Aku pun tak paham kenapa. Kadang aku mimpi, lepas bangun terus tak ingat dah mimpi apa benda. Tapi antara yang aku ingat.......



1. Mimpi aku kena jaga sorang budak perempuan ni. Budak ni boleh katakan comel jugak la, rambut dia straight tapi potong senget kat belakang TETAPI, budak ni budak yang ada sejarah kena histeria. Ntah cemana aku boleh kena jaga dia pulak. Kalau tak silap, dia baru masuk kat tempat aku belajaq tu kot. Then, tempat tidoq kami pulak macam masa duduk kat asrama dulu. Katil banyak-banyak tapi bukan double decker la. Lepastu budak tu sebilik ngan aku ! Dafishh, yang aku ingat suasana dalam bilik tu gelap ja. Katil dia lebih kurang dekat dengan aku gak.

Esoknya yang takleh blah, aku terlambat pi kelas BM Pengurusan (wahahahahha), masa masuk kelas tu nak kena punch card, aku macam serabai masa tu pastu budak pompuan tu ambik kad kat tangan aku dan tolong punch kat aku. Tapi suasana bilik kuliah tu gelap ! Aku tak paham pasaipa.

Keesokan harinya, aku dengan member-member aku plan nak pi mandi kat The Carnival SP (tetiba, hahahaah), dan la duduk sat lepastu staff kat tempat tu bagitau kata kami kena balik pasai budak pompuan tu tetiba histeria (tetiba pulak kan budak pompuan tu ada kena mengena ngan The Carnival  -___- ). So kami pun berambus laa dari situ. Suasana masa tu mendung !

Aku kan kena jaga budak tu, jadi aku pun tanya la orang-orang yang tolong rawat budak tu, dan tetiba Cikgu Farid iaitu Cikgu Fizik aku masa kat STEP dulu adalah salah sorang staff yang rawat budak tu. Agagagaaa. *ok lepastu tak ingat dah apadia*. Endingnya, aku dengan bebudak yang lain jalan nak pi mana ntah, nak balik kot. N budak tu ada la jalan sekali ngan kami. K tamat -____-


2. Mimpi ni aku dengan member ramai-ramai pi kat satu bangunan kosong ni. Ada banyak tingkat gak la. Berdasarkan mimpi tu dia kata kat aku, bangunan tu pernah ada orang mati. Kira berhantu la.  Hahahahaha K, tu ja yang aku ingat.



3. Mimpi ni aku tak ingat lak dia sekali dengan mimpi no. 2 ni atau asing. Ada aku masuk satu bilik sebab nak buat apa ntah. Rasanya ngan Bella (aku tak ingat sangat). Bilik tu serius buruk gilaaaaa, bilik tu bekas tempat berlakunya pembunuhan. Ok, mimpi bapak punya ntah apa-apa T___T bekas darah pun duk ada lagi. tapi darah yang kering dah la sebab berdasarkan mimpi tu, pembunuhan tu dah lama dah. Dan lepastu aku tak ingat dah apa jadi.

*lebih kurang macamni la tapi takdak la orang mati tu. Just bilik kosong lama.* 


4. Mimpi ni suasana dia cantik ! Tak suram pun, kira nice la. Lokasi dia agak mengelirukan aku la, sebab aku kompius sama ada tu kat hotel atau hospital. Tapi kan ....... mimpi tu pun ada orang kesan darah gak kat lantai. Dan ada sorang doktor, dan ada sorang pompuan berdiri tepi tingkap bilik kat hotel. Kalau ikutkan mimpi tu kata, yang darah tu kena bunuh. Tapi .... tetiba sekilas mimpi tu ada muka wan aku yang dah meninggal sebab sakit dulu...(eh?). Pastu cerita tamat.



5. Mimpi ni agak tersentap gak la. Baru dua hari lepas aku mimpi. Aku mimpi .... hmmm .... macam tak sanggup nak sebut.  Aku mimpi ayah aku ....... meninggal. Dan dalam mimpi tu aku macam tak sedar la yang ayah aku ni dah lama meninggal. Aku duk buat benda apa ntah then aku ingatkan ayah aku ada lagi, tapi lastly aku tersedaq sorang-sorang yang ayah dah lama takda.... pastu cerita habis. Haihh....

6. Ni baru semalam mimpi, mimpi mak aku kena pi mana ntah then stay kat hotel. Patu aku pi jumpa dia sat dan lepastu nak balik. Masa keluaq dari hotel tu, aku duk tercari-cari mak aku kat tingkap bilik hotel dia tapi lastly tak nampak pun -____-

Lepastu aku dengan kengkawan tetiba ada kat rumah family angkat masa kat Bakti Siswa selangor dulu. Masa dah nak blah dari situ kan, aku tak paham la mai mana sorang pakcik ni, dia dikatakan bawak lari student ka macamana ntah (dafuqqq??) rupa-rupanya pakcik tu kawan family angkat kami tu. Lepaih tu habehhhhhhhhhhhhhhhhh. Keharaman apakah yang gua mimpi ni? Hahahaha.



Aku pelik bukan apa, bila member aku cerita dia mimpi boipren dia ka apa ka, aku nak dapat mimpi camtu seploh taon akan datang la (hyperbola ja). Tapi tak semua la aku mimpi benda ngarut macamni, ada ja mimpi lain yg biasa-biasa. Nak kata tak baca doa tidoq tu, aissshhh, baca! Tapi yang ni ja antara yang pelik-pelik dan aku ingat.


NASIB BAIK AKU TAK MIMPI MACAM DALAM CERITA
NIGHTMARE ON ELM STREET.
Kalau dak, mati aku takleh tidoq buat selama-lamanya sebab kalau tidoq, kena bunuh dalam mimpi. Hahahaha

October 19, 2012

LOL


ME




Yah, don't worry.
I hate myself, too.


October 16, 2012

Fine Tengkorak Hang !






:')

October 13, 2012

10 Cara Takmau Cakap Dengan Orang

Mood : Gila. Mereng.
Lokasi : Dalam sangkar
Lagu : It Will Rain - Bruno Mars



10 cara untuk takmau cakap dengan orang ;


1. Diam
2. Buat muka bengang atau takdak mood.
3. Pakai earphone dengar lagu
4. Main game
5. Membebel sorang-sorang tapi dengan cara terselitnya kata-kata marah.
6. Online
7. Buat-buat main handphone walaupun handphone anda kuno sekalipun
8. Takpayah pandang muka orang.
9. Tidoq
10. Mati



aku pun taktau apa kena mengena lagu It Will Rain dengan benda ni. Yang aku tau, UUM, Sintok, Kedah ni asyik hujan ja sejak-sejak la ni.


Aku suka.



OKBYE !

.
.
.

*selingan*


hahaha !
kelaka laka nyyyeeeeeerrrrrrrrrrr

October 08, 2012

Just So You Know

Mood : Lost
Location : World of Delusion
Song : For The First Time - Nanasheme (The Script covers)



..and also the feeling of insecurities;
if they'll leave you for someone who is better than you
or
leave you without a reason
or

maybe because they died

.
.
.

" Beautiful playground and little kids playing around, I close my eyes and open it,
nothing left but ashes and dead view. "


-@iAppleMustache-