September 29, 2011

Mencari Sesuatu

Bizinya bizinya bizinya bizinyaaaaaaaaaaaaa !
Time nak discuss pasal asaimen clash dengan aktiviti lain.
Memang pening kepala gak pikiaq pon. hadoii.


Bab ICT paling tak boleh nak berapa blah sekali.
Sbb aku ni dahla lembab sikit bab2 ICT ni.
Adoii. kalau takat membelog facebook apa bala tu aku pandai la.
Ni nak kena buat proposal pi telecentre kejadah.
Mengajaq orang bab2 ICT.
Kena hantar next week pulak.
Diri sendiri pon ntah kemana.
HAHAHA =.="


Ehh aku tetiba jadi florist pulak kan masa Konvo UUM 1 Oktober ni.
Under dpp YAB aku la.
Seminggu jual bunga !
Mai laa beli . WAJIB !
Hahaha lai lai laiii ~


Now pun dah start benda2 lain untuk konvo tu.
Semalam Hujan Band buat persembahan kat sini.
Tapi aku tak pi pon. malasssssss.
Teringat pulak kat lecturer subjek Pengantar Komunikasi, En Hafidz Hussein yg selalu sgt cerita pasal artis yang jadi student dy. Noh la, Zehra Zambri la, Emelda la, apa laaaa...
tak habis2 ngan artis dy. HAHAHA




Aku kan...
Bila terpikir balik, aku dapat u mungkin sebab Tuhan bagi aku peluang utk baiki balik
kelalaian aku masa kat matrik.
Sepatutnya bila tengok result aku PSPM Matrik, mmg tak berapa nak layak la masuk u.
Hmmm....... tak layak.
Aku rasa macam bodoh yg teramat sangat..
Dahtu, kena la ceramah dengan Bella sat.
Sepatutnya aku bersyukur sbb dah dapat u.
Ada ja orang yg tak dapat. lagi laa kan. hmm... ntahla......


Bayangkan vc uum cakap almost 80% yg dapat masuk uum dis year semuanya 3pointer above. Only 20% ja yg bawah2 tu. yg macam aku.
Sangat2 down tengok result untuk dua2 sem.


Aku nak jadi bagus time duduk u ni.
Takmau jadi macam masa aku kat matrik.
Main2. lalai. leka. lembab. mandom. macam macam lagi lah.
The most important is aku nak dapat FIRST CLASS DEGREE utk semester 1 ni !
Dan keep on maintaining result tu !
Nak jugak . nak nak nak !
Yg penting USAHA , DOA.
Aja aja fighting ! Hehehe :P

* Kalau tak dapat aku nak merajok dengan dunia. ( hihihi )


No comments: