June 28, 2012

Fine, Thank You



June 26, 2012

Keciknya Dunia ?

*flip table*




Eh ehh ni dah kenapa nak flip flip table pulak ni?




Ok, mari flip hair. Eh, maaf. Flip scarf.


Aku cuma terfikir satu benda ni sebenaqnya ;


"Ohh ! what a small world !" ataupun "Wah ! Keciknya dunia."





Ayat yang biasa orang guna bila dia terjumpa dengan seseorang yang dia tak sangka akan jumpa, ataupun bila kawan anda si polan A sebenarnya merupakan kawan baik kamceng samseng kimchi kepada si polan B yang juga merupakan satu-satunya makhluk Tuhan paling sexy yang anda  paling menyampah kuasa sepuluh dekat dia. Arghh, pernah kan jadi macamtu? Aku selalu sangat jadi macamtu. pelik. ehh takdak laa pelik sangat. biasa la kan? eh ehh sembang keling apa ni ?


Alkisahnya lebih kurang macam ni lah,


Ada seorang manusia ni. Ok ja mula-mula tapi lama-lama ahhh kalau tengok muka pun memang rasa nak bagi tapak kaki 611527161287 kali ja kat muka tu. Oh rupa-rupanya dia ni kawan baik dengan bekas budak-sama-tempat-belajar-dengan-aku-tapi-aku-tak-rapat yang mana kawan dia tu pulak satu-sekolah-dengan-member-rapat-aku-tapi-taktau-depa-kenai-each other-atau-tak. Ok macam panjang sangat pulak. wahahaha.


Ada sekali tu pulak, sorang budak ni, kawan kepada budak yang rasa nak bagi tapak kaki tadi, ehh ehh rupa-rupanya dia masa dulu satu kelas dengan seorang budak group tott tett tott sama dengan aku kat hutan ni. dan dan dan dia jugak kawan kepada kawan kepada kawan aku. Ehhhh banyak sungguh liku-liku kehidupan kan.


Friends kat facebook tak heran sangat. tapi ada satu tu aku heran jugak kenapa tetiba ja, sama ada kenal atau tak, tak tau laa pulak yang tu sebab masih tiada jawapan.



Paham tak ?


Tak paham ?

.
.
.

Ok, diam.


Banyak kali sangat dah jadi kat aku macamtu tak kisah la dari segi yang aku suka atau tak suka. Kenal Abu, ohh rupanya Abu ni baik dengan Tipah dan Kamal yang merupakan member gua. Ok ok boleh diterima. Kenal si A, tetiba tau dia ni kawan kepada B yang ekau tak suko dan si B tu pulak suka kat C iaitu orang yang ekau suko. Keharaman apakah ini? Kahkahkah. Meninggal.



Kesimpulannya ,


*mencarut dalam hati*



Eh eh ehhh. Mohon beristighfar.


June 24, 2012

Save The Date


*ter-boleh-tengok-sebab-Yanyan-share-kat-twitter-oh-lame-gila-kan-aku*

.
.
.

Bila tengok video Save the date mereka ini ja gua terasa macam ... waaaaaa
Sangat yang paling amat very the terlalu lalu lalu sweet. Ok, hyperbola. Ada part first time berkenalan jumpa kat Mcd, dating, broke up lepas tu jumpa balik kat tempat yang sama and never been apart since then. Berliku ranjau segala dan wah wah wahhhh. Got engaged. Married ! Lamaaaaa kot weh almost 15 years sementara nak tunggu kawen tu pun.


Suka ayat ni ;




"She loves to talk ... and he's her no 1 listener."


"He loves football ... and she's his no 1 fan."


"She loves taking photos ... and he's her model."



 Sweet lah gilaaaaaa
*hantuk kepala kat keyboard*


:D

June 22, 2012

Kesudahan Cerita

Hihihi.





Ehh apa gelak gelak ni?






Hikhikhikk.





Eh makin gedik pulak cara gelaknya.









Walaaawehhhhhhhh, last payyperr last payperrr. wahahahaa. seronok gila la doldol sebab tamatlah sudah riwayat final exam aku. yahuuuu ! derr, sementara tunggu nak habis tu pun , Ya Allah, lamaaaa sangat rasa walaupun gap dalam 5 hari ja pun. Sepanjang 5 hari tu jugak laa boleh duk buat bodo tak baca buku langsung. bangang dak bangang dakkk? aaaaaaaaaaaa. ok. jangan kata aku bangang. waaaa :'(


Wehhh, sehari sebelum exam baru tehegeh-hegeh cari buku. urghh, taktau la. aku memang jenis macamtu. sobsobss. boleh pulak bantai main game n online dua puluh empat ratus lapan jam. tsk tskk. Kali ni paper Tamadun Islam dan Tamadun Asia or also known as Titas. amboiii. kelassss kau maria. Subjek ni aku sukaaaaa bila setiap kali kelas, ustazah tu pun best, hehehe. tapi tapi tapiii disebabkan student dia yang pemalas tahap hyperbola ni, memang padahnya kat aku la. Asalkan aku bukak buku baca ja tamadun-tamadun yang ada tu, whhhooooaaaaaaaaa, tobat menguap tak sangga. pastu .... pastu buat apa lagi, lena laa woi !


Lena punya syiok baq hang. bella masih teruskan membaca lagi. bila aku terjaga, aku cover lah konon-kononnya aku tak tidoq pun. tengah menghafal la konon. kakakakkaaaaa yu ba lak sung guh aih. Terjaga ja pi cari roti, lapaq woi. sedap pulak tu. sedap woi . woi woiii :'(


Masa jawab exam tadi kan kan... aku kan kan... meluat la kan kan.. waaaaaaaa, aku disaiko dan tersaiko oleh mereka yang mempunyai otak brilliant milliant trilliant sehingga mampu membelahkan diri mereka awal sejam setengah dari dewan exam. Waddafishhh ? Awai gilaaa weh, masa tu aku tengah terkemut-kemut duk jawab soalan struktur. Tu pun bagi jawapan muhung. Aishhh, sorang sorang keluaq memang bebai laa palaotak aku ni tengok, wahahahaa. Line sebelah kiri n depan aku mostly dah kosong dah seat. Ahhh aku pun takleh jadi ni, jawab jawab dan jawab dan kemudian selak balik bahagian objektif. Ok, donee !


Keluaq dewan, wuwuuu, sejuk sejukkk. tak tahan gue.



Maka tamatlah semester dua ku di UUM.



Itulah kesudahan cerita hidupku dalam dewan peperiksaan yang indah permai sejati suci dalam debu tu.


Menarik kan ?



Kohkohkohhokhhk
*gelak tecekik bijik durian*


June 17, 2012

Keexaman

Kesimpulannya sebelum semasa dan selepas jawab paper Management haritu macam ni ;




SEBELUM

Whoaa hu ha hu haa whohooo (konon  bunyik macam tengah enjoy la.)
Wulalaaa. Bukak laptop selongkar bahagian game dan reus click kat game Crazy Taxi. Dah bosan main, ada game Chocolate Secret Ingredients jadah apa ntah. Bukak pastu tak reti nak main then tanya la bella acanooo nak main ni. tak retiii.

Bella pun dengan sedaya upayanya membantu aku, dia tinggai teruih game yang dia duk main tu dan terus fokus kat game aku bukak tu. Gilaaaa baq hiang fokus nak mampuih start main pukui 5 atau 6 macamtu la. Lajak sampai dekat pukui 8 malam. Urghhh bajet serupa takdak exam esoknya. Malam buat apa? Online sampai nak termuntah. Bella sambung main game Chocolate tu. At last dah mengantuk, dua-dua orang terbongkang tidoq. K.


Pagi esoknya nak exam mula-mula macam chill ja. Dah naik bas apa semua, tetiba aku rasa nak check barang-barang exam aku lengkap or dak lagi. Check punya check pnya check, makkkkkkkkkkk ! Slip exam tetinggai dalam bilik. Uwaaa acano ni acaanoo, bas lagi berapa minit gi dah nak gerak. Kompem 8.45 bas dah gerak. Kena masuk dewan pukul 9. Varviee doll gilaa la weh aku rasa masa tu. Bella kata balik gi ambik, aku macam errr ha ya lahhh. Turun bas nampak abang tu tengah makan makanan yg dia beli tadi tapi aku berat mulut nak cakap kata suruh tunggu sebab aku tertinggai barang.


Dgn pantasnya aku berjalan. Rasa macam peserta pertandingan lumba jalan kaki tu ja, wakakaaa. Dan Alhamdulillah jugak la sebab bilik aku aras bawah sekali so senang kerja aku, lari lariiiiii ambik ok siap kunci pintu. Done ! Lariiiiiii balik pi kat bus stop. Ahhh aku dalam hati ;


"Hmm kalau bas tu jalan takpalah. Aku tunggu bas belakang ja. Tapi macam mana aku lambat sampai satgi? Exam dah nak start? ARghhhhh."


Sampai jaa tengok abang tu dah duduk dalam bas, tapi tak jalan lagi. Dia tunggu rasanya, waaaaaaa timakaseh laa abang bas oiii, memang aku terhutang budi tahap nak mati ah ngan dia.  Sampai dewan ja celapak lari teruih baq hiang, naseb baik seat aku kali ni nak dekat belakang sekali, so takdak la awkward menggilababi sangat macam selalu. Ohohoho :O


SEMASA

Hahh semasa jawab exam lak. Emmm, macam ni lah lebih kurang.

Turn to page sekian sekian, baca soalan. Tak faham jadah apa dia tulis tu aku pun mulalah berangan. Emm, ohh indahnya angan-angan ku ini. Ahhhh, masih terus berangan. Dua tiga minit berangan sampai  tersenyum sorang-sorang tetiba,

Halamak pakkk ! tersedaq yang aku masih di page yang sama dari tadi lagi. Ok, nasib baik soalan objektif. Pikiaq sikit yg mana jawapan yg macam sedap sikit seterusnya bulat bulat ja la, heeee <--- cari penyakit.

Dalam pukul 10 tu aku dah mula tak senang duduk dah sebab kesejukan dari aircond mula terasa dan membuatkan hidung ku berair. Waaaa, ada satu time tu TETIBA ja semua orang pakat dah nak keluar dewan, aku hanya mampu memandang depa ketika itu, kohkoh. Lepas tu baru keluaq. tak tahan sejuk woiiiii, boleh sakit otak aku duduk lama-lama.


SELEPAS

 Woooooooohooooooooooooooooooo. Kembali lifeless.








June 14, 2012

Plastik Cool Blog

Aku takda la kecewa sangat. Cuma, entah laa. Mungkin sebab apa yang aku baca tu tak keluar dalam bahagian subjektif yang ala-ala esei tu kot? Keluar banyak bahagian objektif dan jawab sama ada True or False. Ok, memang dah nasib aku selalu macam tu.


Semalam aku ada tengok satu subtopik ni, then dalam hati cakap "Emhh tak masuk kot yang ni?" dan akhirnya continue dengan topik lain. Tapi tapi dan tapiiiiii apa yang jadi? Benda tu keluar dalam paper tadi. Dafishh. Yang aku ingat bagai nak meninggal dunia tu tak masuk lak bahagian subjektif. Bab depan-depan pun tak ada pun plus memang tips cakap bab awal tak masuk pun. Tapi , arghhhhhhhhhhhhhh.


Dahla aku memang tak suka subjek ni sepanjang sem ni. Kelas ni pun malas pi, kalau pi pun aku duk berangan, masuk lobang hidung kanan keluar lobang hidung kiri. Ada pekdah ka weh? Bila last minute dah baru terhegeh-hegeh baca buku. Slide yang lecturer upload tak full. Ada bab 1 sampai 6 ja. Yang tips ada bab 8, 9 dan 10.


Keliaaaa baq hang. Aku mana ada buku. Tak beli dan dan dan terjumpa buku yang kakak aku temurunkan untuk aku dalam locker. Wow, sangat bagus. Tapi, ada bab 3. 4 dan 5 ja. Harey dak? harey dakkk? Ini adalah hareyyyyy jadeyyy. At last tukaq tukaq dengan Bella ja buku yang dah nak menemui ajal tu, dia koyak bab 8  9 10, kami ikut turn baca. Nasib baik la dia sama kos dengan aku plus dia ada pinjam buku tu kat Kak Fika.


Nampak dak aku gigih last minute? Semua bab aku nak kampoi dalam satu masa. Pastu gaduh takleh nak ingat semua, apew kejedehnyew iniew semuew? *tampaq mulut sendiri*

Yang syoknya tadi depan sekali sebab dalam attendance nama aku yg last. Isk iskk, dahla depan sekali, seat depan aku kosong lak.

Aku meluat tengok muka pengawas peperiksaan tu taktau pasepa. Rasa macam nak suruh depa duk tang lain ja. Kahkahh, sawan betoi. Ha laa, dah la duk berdiri depan, aku rasa macam pemandangan aku tercemar dan yg buatkan aku bertambah-tambah rasa macamtu bila sorang akak ni mai duk teruih kat seat depan tu, mengadap aku. Ish laaaaaaaa, pantang aku sungguh kalau jadi camtu.


Hilang konsentrasi aku nak cari idea menipu untuk jawapan dalam paper tersebut, seriously.


Dahtu pulak, masa berdiri duk berbisik, gaya macam nak gosip-gosip pun ada. Annoying tau dak? Aku memang suka annoying annoying ni, kohkoh. Sori.



Aku suka bau plastik Cool Blog ni.

*ada kaitan dak?*


Kbye.


June 10, 2012

#234

Whoaaaaaaa, me iz happy !


Done first payyyper. Baru first paper kot, duk buat syok boleh hang ni. Orang lain dah lepas dua tiga paper dah. Heh, lambat ! Tadi paper Pengantar Teknologi Komunikasi. Syok jugak jawab soalan tu tadi walaupun pening-pening unta tu ada sikit laa yang menyinggah kan. Aku puas sebab aku study benda tu mungkin. Mungkinlah. Tapi hampeh gak pun, study pun ada ja yang tetiba aku jammed dan lastly hantam saja lah labu.


Bahagian obejktif mula-mula quite oke laa. Tau dak sebab apa? Sebab tu soalan Madam Yussalita bagi kuiz harituuuu. Miahahahaha ! So, otak aku ada laa ingat sikit-sikit. Tapi .. ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari rembang panaih litlit orang utagha kata. Keh keh. Soalan 1-10 laa lebih kurang, aku macam, ermm hehehehe seronoknya jawab. Aku tau jawapan ni, yes yes yess !


Lepaih pada soalan senang-hingga-aku-jawab-dengan-jayanya tu, neahhhh, dia mai dah, dia mai dahhhhh soalan putaq belit atas bawah kiri kanan tepi depan belakang. Padahal kalau baca memang laa boleh ingat benda tu, tapi masalahnya yang kebanyakan soalan objektif belakang tu chapter yang aku tak berapa nak fokus sangat. Tentang Data Communication lah apa lah.


Aku oke lagi kalau soalan tu bagi pilihan jawapan A B C D tu. Ni yang belakang tu semua kena jawab ;


A. Betul
B. Salah


Aku baca semua soalan nampak macam betul ja, hampeskrep gilaaa. Hahaha, padahal kalau ikutkan soalan tu trick banyak. Nampak ja macam betul tapi sebenaqnya? Lu pikirlah sendiri. Aku pun macam biasa, ikut naluri hatiku .. hatimu.. menjadi satu cinta. Eh ehh ternyanyi pulak. Ahakss awww *tepuk tepuk bahu gaya nyah*


Tetiba bahagian seterusnya keluar soalan kena lukis model komunikasi Shannon, tak baca laa pulak yang tu. Then aku pun menipu la dengan melukis apa yang aku suka sambil terkenang-kenang kembali empat elemen utama komunikasi SMCR <--- bajet teringat kat Hafidz Hussein -..-


Actually aku admit laa memang aku ni buta IT sikit. Harap ja main benda alah sosial sial sial networking ni tapi habuk pun tarak. Bila keluar soalan pasal CPU, system unit, RAM memory jadah tu aku pun, errr... nak jawab apa ni?



Apa ?

Apaaaaaaaaaaaa ?



Then selak kat bahagian objektif mana tau aku boleh curi jawapan kat situ masukkan dalam soalan struktur yang tanya pasal benda alah tu. Keh keh. Dahtuuu yang aku ingat tak keluaq pulak, yang aku tak berapa nak ingat tu yang keluaq. Always like that..


Apa apa pun masih ada empat subjek menanti -..-



Asas Keusahawanan
Management
Pengantar Komunikasi Organisasi
Titas







Till then <-- cakap sorang-sorang rupanya aku dalam belog ni. Kahkahh


June 08, 2012

#232

Dulu, (eh tetiba, salam apa semua pun tak bagi kan? heh)


Lepas tamat ja sekolah menengah, dan pada suatu hari dan malam lah ada satu mesej masuk kat henpon T-mobile buruk dan antik aku yang dulu tu, hee. Mesej tu lebih kurang orang panggil macam, errr mesej "syok syok" la <--- bahasa aku. Ok -.-' mesejnya berbunyi begini ;


" Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti persahabatan remaja dan apabila zaman itu berlalu, nescaya ia takkan kembali lagi. Masa ini jua kita membawa haluan masing-masing. Mungkin sukar untuk kita bersama, bersatu kembali dalam satu tempat sekecil kelas sekarang, belajar, bergurau bersama.. Terbukti zaman persekolahan adalah zaman remaja yang sangat indah. Jadi, hargailah zaman remaja dan persekolahan anda (: "


Sedih lah gila. Masa taip ni pun rasa macam something ja dalam hati aku ni. Hew hew dia buat dahhhhhhh mengenang zaman silam. puii.


Dan dan dannnn, semalam kan aku bosan aku pun re-read old text messages yang ada dalam phone ni. Ada satu mesej from my besties masa kat matrik dulu. Kebetulan malam tu dia ada call aku jap. Hehe, rindunya ....


Mesej tu dia hantar masa kat matrik bertarikh 8 April 2011. Bulan April tu bulan yang menandakan bakal berakhirnya alam matrikulasi kami ;


" Dulu hidup penuh dengan gelak tawa. Kita berlari-lari dekat 'padang'.. Kita merajuk bila kena perli. Kita geram bila kena kacau. Kadang-kadang mood on kadang-kadang mood off. Nasib baik kawan kita faham kita kan? Dia terima kita jadi kawan dia.. Tapi sekarang dah sunyi.. sebab.. PERPISAHAN INI.. Cuba ingat apa yang kita dah lalui bersama di KMP. Semua tu yang membuatkan saya tersenyum tapi kadang-kadang menangis sebab MEMORI ini hanya ada kat sini. Saya sayang awak, kawanku... "


Lagi lagi lagi? Ada lagi mesej yang buat aku rasa sayu ja baca. Mostly about friendship lah. Ni mesej daripada sapa aku pun tak ingat, daripada Pinat Shuib our VaiRai leader ... kot? Hahaha entah. Tapi bila baca mesej tu sambil terfikir member lama, perghh. Rasa macam, aaaaaa rindunya (T__T)


" Kadang-kadang kita terlupa kita pernah gembira bersama dia. Kadang-kadang kita terleka yang dia selalu buat kita tertawa. Kadang-kadang kita tersenyum kerana dia pernah buat kita bahagia. Adakalanya kita menangis kerana telatahnya membuat kita merinduinya. Orang itu adalah orang yang pernah berkongsi SUKA dan DUKA bersama kita. Kepada yang menerima mesej ini, senyumlah kerana selama perkenalan, anda tak pernah terlintas pun untuk dilupakan.. Salam rindu :) "



From ; Firuz Nabila (kawan se'mereng' aku)

"Tak terasa bila dia pergi tetapi sayu bila dia tal kembali. Mencarinya dengan hati yang suci lebih indah daripada memilikinya tapi tak menghargai. Dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan. Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan kerana hadirnya anugerah yang tiada tandingan. Itulah sahabat! :)"



From ; Nini Sweeties. Rasanya masa ni tengah gaduh-gaduh manja, kot? :p

" Seorang SAHABAT takkan membuat sahabatnya merasa hampa dengan tindakannya. Malah akan lebih membanggakan sahabatnya.. Seorang SAHABAT takkan meninggalkan sahabatnya sendirian dalam kegelapan, malah akan menyuluhkan jalan cahaya kepadanya. Seorang SAHABAT takkan bermusuhan dengan sahabatnya walaupun sifat dendam dan iri hati yang terpendam dalam hatinya, malah akan berkongsi masalah dengannya. Seorang SAHABAT takkan melupakan sahabatnya walaupun banyak wajah yang datang silih berganti malah akan terus mengingatinya selagi nyawa masih ada. "



From : Tak ingat lah sapa.


" Wahai temanku, jika hari ini aku terlalu gembira, kau sedarkanlah aku.. Jika hari ini aku bersedih tanpa kata, kau pujuklah aku.. Jika hari ini kita musuh, maka selesaikanlah segera.. Jika aku melukai hatimu, kau maafkanlah aku.. Dan pintaku darimu, jika nanti aku tidur tanpa terjaga, kau datanglah melihat ku buat kali terakhir. "














Sedih la pulak rasa ....


June 05, 2012

#230




Nobody cares.

June 02, 2012

#227


31st of May 2012
Keluar lepak dengan my coursemates ; Fatin Atiqa n Darwani but without Bella sebab dia ada hal pulak kena pi Selangor. Kena discuss pasal Baksis bulan Julai ni. Takpa Bella, next time lah kalau ada rezeki and banyak fulusss. Hahaha.

11 pagi dah gerak dah. Quite fun lah. Lama dah kot aku tak keluar sekali dengan member ni. Hahaha, gilaaa duduk dalam hutan Sintok ni macam dalam gua ja aku rasa, haih. So, dah dapat peluang, apa lagi kan? Plus tengah ada duit ni, kira oke lah. Kami keluar Alor Star ja pun, kat mana lagi kan? Blergh -..-


Fatin dan Wani

.
.
.

Plan macam hagham ja. Sebab boleh tengah ondaway tu still taktau arah tuju kemana. Cakap ja nak pi Alor Star tapi masih duk blur blur unta ja semua. Yang Wani tak habis-habis dengan signboard Kuala Lumpur  dengan Fatin, nak tengok sawah padi lah. Hahaha.

Ingat nak pi Alor Star Mall, tapi tak ingat jalan lah pulak. Aku ni nama ja duduk Kedah tapi ke-hampeh-an tu ada lah sikit kan. Puiii, jangan nak kutuk aku sangat lah (cakap depan cermin). Then at last decide pi Pacific ja dulu, melahap McD jap. Hehehe, tapi taik ayam jugak la sebab aku bab-bab order kat tempat macamni lemah sikit. Order ice cream sundae choc satu. Dan aku nak maksudkan Nugget large sahaja. Then tetiba datang set Nugget, Fries, Coke versi LARGE. Pfffft, banyak gilaaaaaaa. Padahal aku nak nugget ja kot, haihh. Ntah aku cakap macamana ntah. Dah la ayam spicy takda pulak kan masa tu, sedih weh.

K, dah jangan nak taip banyak sangat. Gian la tu kan lama tak menaip?
Hem hem, ada lah sikit. Heh





Ni aku tanya, kenapa muka Wani macam nak marah aku ja. Hahaha mengong.

.
.
.

Shopping, pusing-pusing laa sat dalam Pacific tu. Rambang mata dah plus blur taktau nak pilih baju mana. Tu yang aku paling menyampah seumur hidup aku. Yang cantik opkos lah mahal plus ada sale pun 20% ja. Heh, banyak la duit aku nak beli. Aku cari yang 50% discount. Bhahahaha. Sebab tu dapat satu ja, Huh.

Dah lama sikit, blah dari Pacific then singgah City Plaza jap. Wani nak survey handphone. Singgah jap ja, sambil Fatin duk beramah mesra dengan tokey kedai henfon tu. Wani pulang dengan handphone baru :')

Lepas tu gerak pi Alor Star Mall. Gigih gilaaa cari, lagipun dah mintak peta "lukisan tangan" tokey kedai henfon tadi tu dah macam mana nak pi AS Mall dari arah City Plaza. Muahahahah.  Sesat jugak lah, terlajak sikit sampai Kuala Kedah. Lawak jugak pikiaq balik. haihh. tanya orang nu, tanya orang ni. Ok, dah jumpa akhirnya.




Pi sana, rambang mata buat kali kedua, heh. benci.
Ni bahagian baju lelaki, aku cakap kat Fatin aku nak pakai baju laki jugak. nak beli jugak. Dia tarik tangan aku pi jauh-jauh. Hahahahahaha.



Yuansu "babi" ?



Malam singgah Jo Cendol Pulut jap.





Terima kasih kamu berdua :)

#226




When will I see you again ?
You left with no goodbye,
Not a single word was said,
No final kiss to seal any scene,
I had no idea of the state we were in,



I know I have a fickle heart and a bitterness,
And a wandering eye, and heaviness in my head,



But don't you remember ?
Don't you remember ?
The reason you loved me before,
Baby, please remember me once more,



When was the last time you thought of me ?
Or have you completely erased me from your memory ?
I often think about where I went wrong,
The more I do, the less I know,



But I know I have a fickle heart and a bitterness,
And a wandering eye, and a heaviness in my head,



But don't you remember ?
Don't you remember ?
The reason you loved me before,
Baby, please remember me once more,



Gave you the space so you could breathe,
I kept my distance so you would be free,
And hoped that you'd find the missing piece,
To bring you back to me,



Why don't you remember?
Don't you remember ?
The reason you loved me before,
Baby, please remember you used to love me,



When will I see you again ?

June 01, 2012

#225

(kopipasta)




Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :






" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah,

Jauhkanlah daku dari perkara yang  membuatkan aku lupa kepadaMu .

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk 

menghukumku tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..






✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..


✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..



✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari 

segalanya..

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar

umbi..

✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia 

akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..



Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini.
Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.."




Amin...