June 14, 2012

Plastik Cool Blog

Aku takda la kecewa sangat. Cuma, entah laa. Mungkin sebab apa yang aku baca tu tak keluar dalam bahagian subjektif yang ala-ala esei tu kot? Keluar banyak bahagian objektif dan jawab sama ada True or False. Ok, memang dah nasib aku selalu macam tu.


Semalam aku ada tengok satu subtopik ni, then dalam hati cakap "Emhh tak masuk kot yang ni?" dan akhirnya continue dengan topik lain. Tapi tapi dan tapiiiiii apa yang jadi? Benda tu keluar dalam paper tadi. Dafishh. Yang aku ingat bagai nak meninggal dunia tu tak masuk lak bahagian subjektif. Bab depan-depan pun tak ada pun plus memang tips cakap bab awal tak masuk pun. Tapi , arghhhhhhhhhhhhhh.


Dahla aku memang tak suka subjek ni sepanjang sem ni. Kelas ni pun malas pi, kalau pi pun aku duk berangan, masuk lobang hidung kanan keluar lobang hidung kiri. Ada pekdah ka weh? Bila last minute dah baru terhegeh-hegeh baca buku. Slide yang lecturer upload tak full. Ada bab 1 sampai 6 ja. Yang tips ada bab 8, 9 dan 10.


Keliaaaa baq hang. Aku mana ada buku. Tak beli dan dan dan terjumpa buku yang kakak aku temurunkan untuk aku dalam locker. Wow, sangat bagus. Tapi, ada bab 3. 4 dan 5 ja. Harey dak? harey dakkk? Ini adalah hareyyyyy jadeyyy. At last tukaq tukaq dengan Bella ja buku yang dah nak menemui ajal tu, dia koyak bab 8  9 10, kami ikut turn baca. Nasib baik la dia sama kos dengan aku plus dia ada pinjam buku tu kat Kak Fika.


Nampak dak aku gigih last minute? Semua bab aku nak kampoi dalam satu masa. Pastu gaduh takleh nak ingat semua, apew kejedehnyew iniew semuew? *tampaq mulut sendiri*

Yang syoknya tadi depan sekali sebab dalam attendance nama aku yg last. Isk iskk, dahla depan sekali, seat depan aku kosong lak.

Aku meluat tengok muka pengawas peperiksaan tu taktau pasepa. Rasa macam nak suruh depa duk tang lain ja. Kahkahh, sawan betoi. Ha laa, dah la duk berdiri depan, aku rasa macam pemandangan aku tercemar dan yg buatkan aku bertambah-tambah rasa macamtu bila sorang akak ni mai duk teruih kat seat depan tu, mengadap aku. Ish laaaaaaaa, pantang aku sungguh kalau jadi camtu.


Hilang konsentrasi aku nak cari idea menipu untuk jawapan dalam paper tersebut, seriously.


Dahtu pulak, masa berdiri duk berbisik, gaya macam nak gosip-gosip pun ada. Annoying tau dak? Aku memang suka annoying annoying ni, kohkoh. Sori.



Aku suka bau plastik Cool Blog ni.

*ada kaitan dak?*


Kbye.


2 comments:

Cik Adieb said...

Tym STPM,punya men semangat sy study..sekali yg sy tak study pulak bnyk kuar soalannya..hadoiii,nasib tak gantung

Lily Sulily said...

Hahaha
alwaysss like that kan.
Nasib ja la..