June 08, 2012

#232

Dulu, (eh tetiba, salam apa semua pun tak bagi kan? heh)


Lepas tamat ja sekolah menengah, dan pada suatu hari dan malam lah ada satu mesej masuk kat henpon T-mobile buruk dan antik aku yang dulu tu, hee. Mesej tu lebih kurang orang panggil macam, errr mesej "syok syok" la <--- bahasa aku. Ok -.-' mesejnya berbunyi begini ;


" Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti persahabatan remaja dan apabila zaman itu berlalu, nescaya ia takkan kembali lagi. Masa ini jua kita membawa haluan masing-masing. Mungkin sukar untuk kita bersama, bersatu kembali dalam satu tempat sekecil kelas sekarang, belajar, bergurau bersama.. Terbukti zaman persekolahan adalah zaman remaja yang sangat indah. Jadi, hargailah zaman remaja dan persekolahan anda (: "


Sedih lah gila. Masa taip ni pun rasa macam something ja dalam hati aku ni. Hew hew dia buat dahhhhhhh mengenang zaman silam. puii.


Dan dan dannnn, semalam kan aku bosan aku pun re-read old text messages yang ada dalam phone ni. Ada satu mesej from my besties masa kat matrik dulu. Kebetulan malam tu dia ada call aku jap. Hehe, rindunya ....


Mesej tu dia hantar masa kat matrik bertarikh 8 April 2011. Bulan April tu bulan yang menandakan bakal berakhirnya alam matrikulasi kami ;


" Dulu hidup penuh dengan gelak tawa. Kita berlari-lari dekat 'padang'.. Kita merajuk bila kena perli. Kita geram bila kena kacau. Kadang-kadang mood on kadang-kadang mood off. Nasib baik kawan kita faham kita kan? Dia terima kita jadi kawan dia.. Tapi sekarang dah sunyi.. sebab.. PERPISAHAN INI.. Cuba ingat apa yang kita dah lalui bersama di KMP. Semua tu yang membuatkan saya tersenyum tapi kadang-kadang menangis sebab MEMORI ini hanya ada kat sini. Saya sayang awak, kawanku... "


Lagi lagi lagi? Ada lagi mesej yang buat aku rasa sayu ja baca. Mostly about friendship lah. Ni mesej daripada sapa aku pun tak ingat, daripada Pinat Shuib our VaiRai leader ... kot? Hahaha entah. Tapi bila baca mesej tu sambil terfikir member lama, perghh. Rasa macam, aaaaaa rindunya (T__T)


" Kadang-kadang kita terlupa kita pernah gembira bersama dia. Kadang-kadang kita terleka yang dia selalu buat kita tertawa. Kadang-kadang kita tersenyum kerana dia pernah buat kita bahagia. Adakalanya kita menangis kerana telatahnya membuat kita merinduinya. Orang itu adalah orang yang pernah berkongsi SUKA dan DUKA bersama kita. Kepada yang menerima mesej ini, senyumlah kerana selama perkenalan, anda tak pernah terlintas pun untuk dilupakan.. Salam rindu :) "



From ; Firuz Nabila (kawan se'mereng' aku)

"Tak terasa bila dia pergi tetapi sayu bila dia tal kembali. Mencarinya dengan hati yang suci lebih indah daripada memilikinya tapi tak menghargai. Dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan. Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan kerana hadirnya anugerah yang tiada tandingan. Itulah sahabat! :)"



From ; Nini Sweeties. Rasanya masa ni tengah gaduh-gaduh manja, kot? :p

" Seorang SAHABAT takkan membuat sahabatnya merasa hampa dengan tindakannya. Malah akan lebih membanggakan sahabatnya.. Seorang SAHABAT takkan meninggalkan sahabatnya sendirian dalam kegelapan, malah akan menyuluhkan jalan cahaya kepadanya. Seorang SAHABAT takkan bermusuhan dengan sahabatnya walaupun sifat dendam dan iri hati yang terpendam dalam hatinya, malah akan berkongsi masalah dengannya. Seorang SAHABAT takkan melupakan sahabatnya walaupun banyak wajah yang datang silih berganti malah akan terus mengingatinya selagi nyawa masih ada. "



From : Tak ingat lah sapa.


" Wahai temanku, jika hari ini aku terlalu gembira, kau sedarkanlah aku.. Jika hari ini aku bersedih tanpa kata, kau pujuklah aku.. Jika hari ini kita musuh, maka selesaikanlah segera.. Jika aku melukai hatimu, kau maafkanlah aku.. Dan pintaku darimu, jika nanti aku tidur tanpa terjaga, kau datanglah melihat ku buat kali terakhir. "














Sedih la pulak rasa ....


No comments: